Kalau anda dah tak ada idea nak bawa bekal untuk anak-anak atau diri sendiri, cubalah resipi sandwich telur mayonis ini! Cara buat yang sangat senang.
Resipi ini anda boleh menghasilkan 5 set sandwich telur mayo. Cukup untuk bekal anak, suami dan diri anda. Senang tak perlu pening fikir menu berlainan.
Jom tengok perkongsian oleh Cik Puan Nur Laila ini.
Baca juga: Kulit & Inti Karipap Yang Sedap, Dapat Makan Seketul Dah Rasa Puas!
RESIPI SANDWICH TELUR MAYONIS
Bahan-bahan:
- 5 biji telur rebus
- 5 sudu besar (sb) mayonis
- 1/2 sudu teh (st) garam
- 1/2 sudu teh (st) gula
- Air perahan lemon atau limau kasturi
- Timun Jepun, dipotong dadu
- 1 sudu teh (st) lada hitam
Nota: Garam bukit berwarna merah jambu dan gula perang digunakan kerana tiada stok garam putih dan gula putih di rumah. Anda boleh menggunakan apa-apa yang ada.
Cara-cara:
1. Lenyek telur rebus mengikut citarasa. Tidak perlu terlalu halus supaya masih ada tekstur telur.
2. Campurkan semua bahan dalam mangkuk. Perahkan lemon atau limau kasturi dahulu.
3. Potong roti kepada 4 bahagian.
4. Sapu marjerin pada roti. Letakkan salad Romania dan hirisan tomato. Tambah mayonis jika suka.
5. Letakkan 2 sudu besar campuran telur mayo tadi pada roti.
6. Siap!
Selamat mencuba!
Sumber: Nur Laila
Baca juga: Resipi Jelly Teh Bunga, Punya Sedap Sampai Tak Toleh Kiri Kanan Dah!
Related Posts
Resipi Popular
Kuah Mee Rojak Ayam, Tengok Pun Boleh Buat Selera Terangkat Punya!
Buat Sendiri Nyonya Curry Laksa Di Rumah, Tak Sedar Makan Tambah Berpinggan-Pinggan!
Resipi Mee Kolok Sarawak, Buat Sendiri Boleh Makan Puas-Puas!
Pancake Jepun Yang Gebu Dan Sedap, Makan Macam Tu Pun Dah Sedap Sangat!
Sejuk Tekak Hirup ‘Dessert’ Homemade, Campuran Buah Markisa & Bahan Lain Yang Menyegarkan!
Artikel Popular
Resipi Cekodok Manis Rangup, Ini Rahsia Bulat Elok & Tak Serap Minyak
Resipi Makaroni Bakar Tanpa Guna Sos Segera, Mudah Je Caranya!
Idea Bekal Ke Taska Yang Sangat Menarik, Si Comel Ibu Tentu Suka!
Resipi Tepung Goreng Rangup Serbaguna, Goreng ‘Kosong’ Pun Sedap Ratah!
Cara Simpan Stok Bawang Kisar Supaya Tahan Lama & Tak Naik Kulat
Video Terkini
Restoran Pilihan JJCM
Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.
Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.
Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!