resepi ikan rebus

Resepi ikan rebus air asam menu yang mudah dan cukup menyelerakan, malah sangat cepat disediakan.

Lauk ini juga sentiasa menjadi pilihan orang kampung dahulu. Memang cukup lazat lebih lagi jika digandingkan bersama ulam-ulaman dan sambal belacan.

Di samping itu, hidangan ini boleh dikatakan sihat kerana ikannya cuma direbus dan tidak menggunakan setitik minyak.

Jika ada yang ingin mencubanya, boleh lihat resipi penuh yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook bernama Bellanasz Nasz di bawah.

Baca juga: Resipi Ikan Siakap Rebus Ala Stim Limau, Cara Mudah Tak Perlu Kukus!

RESEPI IKAN REBUS AIR ASAM

Bahan-bahan:

  • 4 ekor ikan kembung
  • 1 ulas bawang merah besar (dihiris)
  • 6 biji cili padi (dihiris)
  • 1 biji cili besar merah (dipotong)
  • 2 cm belacan (dibakar dan ditenyeh)
  • 1 biji tomato (dipotong)
  • 3 sudu besar pes asam jawa
  • 2 biji limau kasturi
  • 1 sudu kecil kerisik (jika suka)
  • Garam dan gula (jika suka)

Cara memasak:

1. Rebus atau kukus ikan kembung sehingga mendidih dan masak.

2. Angkat ikan dan ketepikan.

3. Bancuh air rebusan dengan bahan yang dihiris (tambah air jika ingin kuah yang lebih).

4. Masukkan bahan-bahan yang dihiris tadi (tomato, cili merah, cili padi, dan bawang besar).

5. Masukkan pes asam jawa dan perahkan 2 biji limau kasturi.

6. Masukkan belacan, kerisik, garam, dan gula. Gaul hingga sebati.

7. Sesuaikan rasa dan kepekatan kuah yang diingini.

resepi ikan rebus

8. Siram kuah atas ikan rebus tadi dan hidangkan dengan nasi panas.

resepi ikan rebus

Resipi ini boleh disesuaikan mengikut citarasa masing-masing. Selamat mencuba!

Kredit resipi dan gambar: BellaNasz Nasz

Baca juga: Resipi Asam Pedas Rebus, Makan Nasi Dengan Kuah Banjir Memang Padu!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN