resepi apam

Resepi apam ini paling senang dan bajet kerana hanya menggunakan bahan apa yang sudah biasa ada di dapur setiap rumah.

Antara bahan yang diperlukan adalah tepung gandum, mauripan, gula, garam, santan dan pewarna. Ringkas dan mudah bukan?

Walaupun guna bahan ringkas, hasil selepas apam dikukus juga sangat menawan kerana ia mengembang menjadi sangat gebu dan lembut.

Jika ada yang mahu mencubanya, boleh lihat resipi penuh seperti yang dikongsikan oleh Jejaka Brownie di bawah.

Baca juga: Apam Lenggang Lemak Manis & Rangup, Sedap Macam Orang Dulu-Dulu Buat

RESEPI APAM BAJET

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • Tepung gandum 1kg
  • Mauripan 11gm (1 paket)
  • Gula 200gm (suka manis boleh lebihkan)
  • Garam 1 sudu kecil
  • Santan + air 5 cawan metrik (nak jimat lagi guna 100% air biasa)
  • Pewarna (optional)

Langkah-langkah penyediaannya:

  1. Satukan semua bahan dan perap hingga kembang selama 30 minit hingga 1 jam.
  2. Sediakan acuan dan sapu permukaan acuan menggunakan minyak supaya tak melekat.
  3. Letakkan adunan ke dalam acuan dan kukus sehingga masak. Tempoh masak kukus selama lebih kyrang 10-15 minit.
  4. Siap. Sedia untuk dihidangkan.

Kredit resipi dan gambar: Jejaka Brownie

Baca juga: Resipi Apam Gula Hangus Kukus, Memang Jadi Gebu Elok & Selembut Kapas!

Baca juga: Resipi Apam Solo Inti Kacang Merah, Cantik Sangat Sayang Nak Makan!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN