Siapa di sini pernah makan Agar-Agar Kering pasti tahu rasanya yang cukup manis dan lazat. Oleh kerana ia merupakan kuih lama, jadi tak ramai tahu resepi Agar-Agar Kering ini.
Agar-Agar Kering juga dikenali sebagai beleda kering di Kelantan dan Terengganu yang merupakan sejenis kuih yang manis dan tahan lama.
Pada asasnya, Agar-Agar Kering dibuat daripada agar-agar manis yang telah dikeringkan dengan pelbagai warna menarik.
Baca juga: Resepi Agar-Agar Mozaik Simple Tapi Lagi Sedap Kalau Dimakan Ketika Sejuk
Biasanya Agar-Agar Kering akan dijemur separa kering supaya tak mudah rosak dan tahan lama.
Sewaktu kecil dulu, kita sering lihat nenek atau ibu di kampung membuat Agar-Agar Kering ini. Jika disusun dalam balang, memang nampak cantik dan menarik!
Jika masih rindu untuk memakannya, anda boleh cuba resepi Agar-Agar Kering yang dikongsikan oleh Hamizan Sulaiman di Facebook ini.
RESEPI AGAR-AGAR KERING
Bahan-bahan:
Cara-cara:
1. Basuh agar-agar dan masukkan dalam periuk, kemudian masak bersama air sehingga agar-agar cair.
2. Masukkan gula batu dan gula pasir, kemudian tunggu sehingga mendidih dan gula cair.
3. Masukkan agar-agar tadi ke dalam loyang dan tambah pewarna, kemudian kacau sehingga sebati.
4. Biarkan agar-agar tadi keras dahulu, kemudian setelah keras, potong kecil dan jemur sehingga kering. Siap!
Anda boleh mengolah resepi Agar-Agar Kering ini mengikut kreativiti anda dengan menuangkan adunan ke dalam acuan.
Dengan cara begitu, anda akan dapat hasil Agar-Agar Kering dengan bentuk yang lebih cantik. Anak-anak pasti tertarik untuk memakannya.
Selepas memakannya, kami yakin anda pasti teringat nostalgia sewaktu berada di kampung semasa kecil. Sekali-sekala teringat kenangan lama, apa salahnya bukan?
Jangan lupa untuk kongsikan juga resepi Agar-Agar Kering ini kepada keluarga dan rakan-rakan anda yang lain ya.
Selamat mencuba!
Sumber: Hamizan Sulaiman
Baca juga: Agar-Agar Santan Isi Kelapa Muda, Jarang Dibuat Orang Tapi Sangat Sedap & Menyegarkan