sup kambing

Setiap kali rasa tak sedap badan, mesti kita teringin makan sesuatu yang berkuah hangat. Paling nikmat jika dapat makan Sup Kambing yang pekat!

Sup Kambing biasanya dijumpai di Malaysia dan Indonesia yang dihidangkan dengan daging kambing, tomato, saderi, daun bawang, halia, buah keras dan daun limau.

Jika anda ingin tahu cara buat Sup Kambing yang pekat, ikut saja resipi yang dikongsikan oleh Azizah Daud di Facebook ini.

Baca juga: Sup Tulang Merah, Resipi Campak-Campak Tapi Pedas Manis Cukup Rasa!

RESIPI SUP KAMBING

sup kambing

Bahan-Bahan:

  • 1 kg daging
  • 7 ulas bawang putih (dimayang)*
  • 10 biji bawang merah (dimayang)*
  • 3 inci halia (diketuk)*
  • Kayu manis*
  • Buah pelaga*
  • Bunga cengkih*
  • Bunga lawang*
  • 5 sudu besar rempah sup atau kurma adabi*
  • Garam
  • Gula
  • Serbuk Perasa
  • Limau nipis
  • Cili padi (jika nak pedas)
  • Bawang goreng
  • Daun Ketumbar atau daun sup

Cara-cara:

1. Kambing dibasuh bersih menggunakan tepung gandum untuk hilangkan bau.

sup kambing

2. Tumis rempah 4 sekawan dan bawang-bawang yang dimayang tadi.

3. Masukkan halia ketuk bila dah kekuningan.

4. Masukkan rempah serbuk sup tadi yang dibancuh dengan sedikit air.

5. Kacau rata dengan masukkan daging kambing, kacau sehingga keluar jus baru masukkan air seberapa banyak untuk sesuaikan dengan daging tadi.

6. Biarkan ia mendidih sehingga empuk, baru masukkan garam gula serbuk perasa sesuai dengan citarasa anda.

7. Perahkan sedikit limau nipis dan potong cili padi kalau nak pedas.

8. Renihkan sehingga pekat seperti yang kita nakkan.

9. Hiaskan dengan tabur bawang goreng dan daun Ketumbar atau daun sup. Siap untuk dihidang!

Selain dimakan bersama nasi kosong, Sup Kambing juga enak dimakan dengan cicah roti. Ramai yang suka sarapan dengan hidangan begini.

Rasa sup lebih beraroma dengan kombinasi daging kambing yang lebih lembut, bakal membuat sesiapa pun terpikat untuk memakannya.

Selamat mencuba!

Sumber: Azizah Daud

Baca juga: Soto Daging Tetel Campur Tulang, Ada Tips Jadikan Sup Lebih Sedap!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN