nasi ayam gepuk

Aduhai, hari ini tekak teringin yang pedas-pedas. Terus terasa sedapnya kalau dapat nasi ayam gepuk. Ada ayam, sambal, tauhu, tempe dan tentunya nasi.

Nasi ayam gepuk ini bahaya kalau ambil semasa waktu lunch hour sebab penangannya boleh buat mengantuk lepas makan!

Jom kita tengok resipi dari Encik Arif Eddy menerusi laman muka buku. 

Baca juga: Resipi Daging Malbari, Makan Dengan Nasi Panas Memang Terangkat!

RESIPI NASI AYAM GEPUK

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ayam kecil, dipotong 4
  • 2 inci lengkuas
  • 2 inci halia
  • 6 ulas bawang putih
  • 2 inci kunyit hidup (boleh ganti dengan serbuk kunyit)
  • 2-3 helai daun salam (bay leaf)
  • Garam
  • Serbuk perasa

Cara Penyediaan Ayam:

1. Kisar lengkuas, halia, bawang putih, kunyit hidup, daun salam, garam, dan serbuk perasa.

2. Gaulkan bahan kisar dengan ayam dan perap seketika atau boleh terus rebus dengan air sehingga tenggelam ayam. Rebus sehingga air hampir kering.

3. Toskan ayam dan goreng sehingga bahagian luar garing. Isi dalam sudah masak.

Untuk Tauhu dan Tempe:

1. Potong ikut suka hati.

2. Gaulkan dengan lebihan rempah rebusan dan goreng sehingga masak.

Resepi Sambal Gepuk:

Bahan-bahan:

  • Bawang putih
  • Cili padi merah pedas
  • Cili padi hijau kampung (nisbah 3:1 dengan cili merah)
  • Kacang gajus (saya beli yang siap untuk makan sebab malas nak sangai)
  • Minyak bijan
  • Minyak masak
  • Garam, gula dan perasa

Cara Penyediaan:

1. Tumbuk bawang putih, cili padi merah, cili padi hijau, dan kacang gajus sehingga tidak terlalu hancur.

2. Siram dengan minyak panas dan gaul rata.

3. Tumbuk kacang gajus sahaja dan siram dengan minyak panas.

4. Gabungkan dengan cili padi dan bahan lain semasa makan.

Kobis Goreng:

Cara Penyediaan:

  • Potong kobis kecil-kecil dan goreng sehingga sedikit kehitaman. Tak perlu bahan lain

Sumber: Arif Eddy

Baca juga: Sambal Paru Yang Sedap, Letak Bahan ‘Ini’ Untuk Rasa Lebih Mantap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN