kek santan

Anda yang mempunyai hobi buat kek pada masa lapang semestinya banyak resipi yang telah dicuba. Tapi tahukah anda sebenarnya ada resepi Kek Santan yang sedap?

Biasanya kita cuma dengar adanya Kek Mentega, Kek Minyak, tapi kali ini kami terjumpa pula resipi Kek Santan yang cukup luar biasa.

Walaupun Kek Santan yang kami jumpa ini kelihatan seperti Kek Pandan, tapi rasanya yang lembut dan kurang manis itu cukup memikat.

AarillShah WG di Facebook telah kongsikan resepi yang mudah dan cukup menarik sampaikan ramai peminat kek tertarik untuk cuba membuatnya.

Baca juga: Cara Buat Kek Pandan Kampung Tanpa Oven, Masak Guna Dapur Gas Je

RESIPI KEK SANTAN

kek santan

Bahan-bahan:

  • 4 biji telur
  • 1 sudu besar ovallete
  • 3 sudu besar susu pekat (asal 4 sudu)
  • 1/2 cawan gula (asal 1 cawan)
  • 1 sudu besar baking powder
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 kotak santan apa-apa brand (200ml)
  • Pewarna (ikut suka)

Cara-cara:

1. Bancuhkan telur, ovallete, susu pekat dan gula, kemudian setelah kembang, tuang ke dalam mangkuk.

2. Campur bancuhan tadi dengan baking powder, tepung gandum, santan dan pewarna yang disukai.

3. Tuang ke dalam loyang saiz 8×8, kemudian kukus selama 40 minit. Siap!

Sesiapa saja pasti akan puas hati apabila Kek Santan telah siap dengan hasil yang sangat menjadi.

Apabila tengok rupanya yang lembut dan gebu itu, memang tergoda sampaikan tak sabar nak memakannya.

kek santan

Anda boleh mengolah kek ini dengan hanya menukar pewarna lain. Gunakan gabungan pewarna yang menarik supaya kek anda jadi lebih kreatif.

Jangan lupa untuk cuba resipi kek yang lain dari yang lain ini. Anda boleh kongsikan kepada keluarga dan kawan-kawan yang suka buat kek.

Dapat makan Kek Santan ini sambil cicah teh pada waktu petang, memang cukup nikmat. Hidangkan untuk keluarga, pasti anda bakal dipuji nanti.

Selamat mencuba!

Sumber: AarillShah WG

Baca juga: Resepi Kek Pandan Kukus, Lembut Dan Sedap Bersama Cheese Leleh

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN