menu minum petang

Mak-mak paling seronok apabila tiba waktu petang kerana boleh menghidangkan menu minum petang yang lazat. Paling penting adalah ia mudah disediakan dan cepat dimasak.

Petang-petang kalau dapat makan kuih goreng sedap juga. Ini antara idea untuk menu minum petang yang anda boleh buat nanti.

Baca juga: Rahsia Cucur Ikan Bilis Garing Tapi Lembut Bila Dimakan, Bentuk Pun Tak Leper!

SENARAI KUIH GORENG UNTUK MENU MINUM PETANG

1. Karipap

menu minum petang

Karipap juga dipanggil sebagai epok-epok yang terdapat dalam pelbagai perisa, bergantung kepada inti di dalamnya. Paling popular adalah karipap sardin dan karipap kentang.

2. Cucur

Cucur juga tak kurang hebatnya sebagai minum petang paling mudah dibuat. Antara jenis cucur yang ada seperti cucur ikan bilis, cucur udang, cucur badak dan banyak lagi.

3. Cempedak goreng

Cempedak goreng sangat sedap dibuat sebagai hidangan minum petang. Baunya yang sedap pasti memikat selera anak-anak anda.

4. Samosa

Samosa merupakan kuih goreng rangup yang menggunakan kulit popia. Biasanya ia berintikan daging atau ayam bersama sayur-sayuran.

5. Pisang goreng

Pisang goreng adalah makanan jenis goreng celup tepung. Pisang raja dan pisang abu merupakan jenis pisang yang popular untuk dijadikan pisang goreng.

6. Cek Mek Molek

menu minum petang

Cek Mek Molek adalah kuih tradisi kegemaran dari pantai timur. Ia menggunakan ubi keledek oren yang direbus sehingga empuk, cuma digaul bersama tepung gandum dan garam.

7. Cekodok Pisang

Cekodok pisang dibuat daripada adunan tepung gandum yang dicampur dengan pisang yang telah dilumatkan. Teksturnya gebu dan lembut tapi garing di luar sangat mengundang selera.

8. Jejari manis

Jejari manis ini lebih kurang seperti cucur manis, tapi berbentuk jejari. Lebih kreatif jika hidangkannya bersama cicahan coklat.

9. Popia

Popia boleh disediakan dalam pelbagai cara seperti digoreng dan disira. Anda boleh nikmatinya pada waktu petang bersama cicahan sos yang sedap.

10. Keledek goreng

Dengan hanya potongan keledek bersama adunan tepung gandum dan garam, anda boleh terus menggoreng dan menghidangkan keledek goreng ini sebagai sajian minum petang.

Sumber: Chemilan

Baca juga: Jom Cuba Buat Roti Pusing, Kudapan Mudah Untuk Minum Petang Hanya Guna 3 Bahan!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN