Bila kita ke Ipoh je, confirm orang ramai akan sebut Concubine Lane kan? Pastu tangkap gambar di dinding yang penuh dengan lukisan. Tapi tahukah anda di Ipoh terdapat banyak sangat kafe yang menarik dan hipster? Memang banyak tau! Haa boleh la korang ber OOTD di kafe-kafe di Ipoh pulak. Jom kita tengok senarai kafe aesthetic yang boleh korang kunjungi kalau korang ke Ipoh.
Kafe ini berdekatan dengan Concubine Lane tau haa so kalau korang dah alang-alang dekat sini, korang wajib tau datang ke kafe ini. Di Happy 8 Retreat Cafe ni mereka bertemakan konsep ala-ala rimba. Jadi, bagi anda yang inginkan ketenangan atau ingin buat assignment/kerja boleh la datang ke sini sambil menghirup coffee latte panas. Nyums!
Shake & Bake Cafe ialah sebuah kafe yang menyajikan roti, pastri dan kek yang dibuat fresh untuk anda. Dekat sini, anda boleh pilih nak duduk luar atau nak duduk di dalam tau sebab ruang di kafe ini memang sangat luas. Seain itu, kopi ni kafe ini semuanya sedap dengan harga yang sangat berpatutan.
Peminat Harry Potter, anda pasti seronok kalau datang ke kafe ini. Kafe ini pun terletak di Concubine Lane tau, Platf9rm Coffee Cafe ni memang dah popular sangat walaupun baru je buka, ini adalah kerana dekorasi kedai ini yang ala-ala Harry Potter. Haa best giler! Dekat bahagian bawah kafe ini ada satu ruang untuk korang ber OOTD!
Fujiwara Tofa Shop merupakan kafe yang mendapat sambutan hangat ketika pembukaannya. Kafe ini bertemakan siri manga pelumba kereta Jepun Initial-D yang terkenal, Fujiwara Tofa Shop ini menyajikan pencuci mulut tau fu fah. Haa sambil-sambil tu korang boleh la ter OOTD di depan kafe ini.
Chakori ialah kafe Ipoh yang terkenal di Internet kerana dekorasi kedainya yang dipanggil ‘Instagramable‘. Selain itu, ramai orang juga menggemari wafel mereka yang sedap dengan pelbagai pilihan perisa yang menarik.
Dapatkan ketenangan dan kedamaian di Stesen Asow Eatery, kafe rumah kaca pertama di Ipoh. Kafe ini kelihatan seperti sebuah kedai bunga di bahagian luar kerana kafe ini dipenuhi dengan bunga-bunga yang sangat cantik. Selain itu, makanan di sini juga boleh tahan sedap tau!
Kopi Teater Jln ialah kedai kopi yang khusus untuk pecinta kopi yang tegar. Kopi mereka ini memang pure rasanya sangat pekat. Selain itu, suasana kafe ini sangat tenang dan cantik untuk anda bergambar.
Lihat saja lampu neon yang berbentuk gajah haa itulah kafe PBUY & DRINKÄ! Kafe ini mempunyai dalaman minimalis gaya Korea dengan dinding putih dan ton kayu, Sangat cantik kalau anda nak bergambar di sini. Latte raspberi istimewa mereka juga memang sangat sedap dan dipadankan dengan sepotong kek keju hangus berkrim, fuhh memang layan.
Sumber: Klook.com
Kali ini, kami bawakan resipi swiss roll strawberi yang dijamin menjadi, menggunakan bahan-bahan asas yang…
Dah tak ada idea nak masak apa dengan lauk ayam? Apa kata jom cuba resepi…
Orang tua-tua selalu kata, jika tumis sambal, kena pecah minyak. Tapi, tak ramai yang faham…
Resipi lempeng ubi kayu sangat jarang ditemui, kebiasaannya hanya dijumpai di negeri Kelantan. Bagi penggemar…
Resipi pasta ayam goreng pedas ini bukan sahaja mudah untuk disediakan, tetapi rasa pedas dan…
Selain kek dan puding, ramai yang suka buat agar-agar sebagai pencuci mulut di rumah. Tak…