Masak dah lama dah tapi bila makan, isi ayam itu masih ada darah lagi terutamanya di bahagian tulang.”

Pernah tak korang alami situasi macam ini? Ayam yang berdarah dan masih mentah dapat menjadi pembawa bakteria salmonella dan virus berbahaya. Bukan itu saja, melihatnya saja boleh menjejaskan selera.

Maka, ini 6 petua goreng ayam yang anda perlu cuba untuk mendapatkan hasil yang sempurna.

1. Pastikan potongan tak terlalu besar

Pertamanya, anda perlu melihat saiz ayam yang ingin dimasak, terutamanya pada bahagian bertulang seperti peha (drumstick) dan kepak (wings).

Jadi, pastikan potongan pada bahagian ini tidak terlalu besar untuk mengelakkannya berdarah.

2. Mengelar atau memotong terlebih dahulu

Jika anda lebih sukakan potongan ayam yang besar, apa yang boleh dilakukan adalah dengan menusuknya dengan garfu atau mengelar bahagian ayam tersebut supaya ia masak dengan sempurna.

Selain itu, anda boleh juga merebus atau mengukus ayam terlebih dahulu sebelum menggorengnya.

3. Defrost ayam beku terlebih dahulu

Jangan terus menggoreng ayam yang baru saja dikeluarkan dari bahagian ‘freezer’. Walaupun kelihatan tidak berais, suhu yang sejuk ini mengambil masa untuk mengembalikan ayam ke suhu bilik. Kalau terus digoreng, kebarangkaliannya untuk masak di bahagian luar saja adalah tinggi.

Maka, pastikan anda keluarkan ayam yang hendak digoreng tadi awal-awal dan rendamkannya dalam air suam buat sehingga lembut atau ‘defrost’ terlebih dahulu dalam ‘microwave’.

4. Guna minyak yang banyak

Untuk mendapatkan hasil gorengan yang sempurna, pastikan anda mengisi minyak yang banyak sehingga menutupi kesemua bahagian ayam dalam kuali.

Dengan cara ini, secara automatiknya proses pemanasan akan lebih merata sehingga daging ayam akan masak sempurna dan tidak berdarah.

5. Guna api sederhana

Bagi memastikan ayam masak dengan sempurna hingga ke bahagian dalam, lebih baik memasak dalam suhu api yang kecil atau sederhana.

Jika api terlalu besar, bahagian luar akan terlalu cepat masak atau mungkin hangus walaupun bahagian dalamnya masih belum masak sehabisnya.

Sumber: Siraplimau

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN