PENULIS

myResipi

KATEGORI

Artikel

POSTED ON

2020-08-05 10:30:21

Bandaraya Shah Alam sememangnya terkenal sebagai kawasan yang mempunyai pelbagai tarikan menarik. Selain menjadi tarikan utama para pelancong, Shah Alam juga turut dipenuhi dengan kafe dan restoran yang menjadikan ia sebagai lokasi paling sesuai buat para ‘food hunter’.

Bagi anda yang belum pernah lagi mencuba menu-menu di restoran sekitar Shah Alam, senarai restoran ini mungkin dapat membantu anda untuk menerokai tempat-tempat makan menarik dengan lebih mudah. Ini beberapa senarai restoran pilihan yang dikongsikan oleh LejenPress menerusi laman Twitter.

1. Tiffany’s Café


Kredit: LejenPress
 

Alamat: 3, Jalan Peniaga U1/34, Hicom-Glenmarie Industrial Park, 40150 Shah Alam, Selangor

Waktu operasi: Selasa-Khamis (8 pagi-8 malam), Jumaat (8 pagi-10 malam) & Sabtu-Ahad (10 pagi-10 malam)

 

Kafe ini berkonsepkan breakfast and brunch all-day menyediakan pelbagai menu untuk anda nikmati. Dengan porsi makanan yang banyak dan penyediaan ‘tip top’, ini sudah semestinya akan membuat para penggemar makanan puas hati untuk menjamu makanan yang dihidang. Tambahan pula, harga makanan-makanan di kafe ini juga sangatlah berpatutan!


Kredit: LejenPress


Kredit: LejenPress


Kredit: LejenPress

Bagi anda yang suka mengambil gambar makanan untuk dikongsikan di media sosial, kafe ini lah tempatnya kerana dekorasinya sangat estetik dan menjadikannya ‘Instagram-worthy’.


Kredit: LejenPress

Di samping itu, anda perlu mencuba menu popular Tiffany’s Cafe iaitu Tiramisu, khususnya buat para penggemar pencuci mulut! Apa yang menjadikan menu ini sangat istimewa adalah Tiramisu di sini datang bersama sos karamel yang menyeimbangkan rasa pahit-pahit kopi. ‘Just nice’ !


Kredit: LejenPress

 

2. Nasi Kukus Sotong Besar


Kredit: LejenPress

 

Alamat: 1, Jalan Kemuning Prima B33/B, Kemuning Utama, 40400 Shah Alam, Selangor

Waktu operasi: Rabu-Isnin (12 tengah hari-11 malam)
 

Nasi kukus kali ini bukan sekadar nasi kukus yang biasa kita boleh dapatkan di restoran-restoran yang lain. Ianya lebih menarik dan istimewa kerana menu ini dihidangkan dengan lauk sotong besar. Di Restoran Nasi Kukus Sotong Besar ini, Sotong Besar merupakan antara menu kegemaran ramai untuk dinikmati. Sesuai dengan namanya, semua sotong bersalut tepung yang dihidang ini bersaiz XXL dan juga datang bersama sos istimewa untuk dicicah. Fuhh, sudah semestinya memuaskan hati!


Kredit: LejenPress
 

Selain itu, menu Kambing Bakar di restoran ini juga merupakan antara menu yang popular untuk anda cuba. Menariknya, kambing yang diperap dan dibakar bersama sos hitam ini tiada bau hamis! Jadi, untuk sesetengah orang yang sebelum ini tidak gemar memakan daging kambing kerana bau hamisnya, anda tidak perlu risau lagi untuk mencuba menu ini dengan berselera.


Kredit: LejenPress


Kredit: LejenPress

Anda boleh mendapatkan kesemua menu ini bersama set nasi mengikut pilihan anda sendiri iaitu sama ada nasi kukus, nasi lemak atau nasi kerabu. Walaubagaimanapun, anda dinasihatkan untuk datang lebih awal supaya dapat dihidangkan makanan lebih awal.  
 

3. Chicken Rice Guys (CRG)


Kredit: LejenPress
 

Alamat: 40, Jalan Zirkon 7F/F, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor

Waktu operasi: Setiap hari (8 pagi-7 malam) *pesanan terakhir pada jam 6.30 petang

 

Restoran Chicken Rice Guys atau nama singkatan popularnya, CRG cukup terkenal dikalangan penduduk Shah Alam. Bagi pelajar UiTM Shah Alam, restoran ini dijadikan sebagai lokasi wajib untuk dikunjungi selepas sesi kuliah tamat kerana tempatnya yang sangat hampir dengan kampus. Harga makanan di sini juga semuanya sangat berpatutan. Sekiranya anda baru sahaja ingin mencuba menu-menu di restoran ini, set Roasted Chicken Rice adalah pilihan terbaik kerana ianya digelar sebagai “the best in town”!


Kredit: LejenPress

Lebih menyeronokkan lagi, kesemua menu di restoran CRG ini berhagra RM10 kebawah, jimat betul!


Kredit: LejenPress


Kredit: LejenPress


Kredit: LejenPress

Jika anda berkesempatan untuk berkunjung ke CRG, jangan lupa untuk memesan Wantan mereka. Ini kerana ia adalah home-made dan bukannya wantan sejuk beku. 


Kredit: LejenPress
 

4. Bowl Cafe 1.90


Kredit: LejenPress
 

Alamat: C-3-G, Jalan Serai Wangi H 16/H, Alam Avenue, 40200 Shah Alam, Selangor

Waktu operasi: Isnin-Sabtu (10 pagi-10 malam)

 

Satu lagi tempat makan wajib anda kunjungi di sekitar Shah Alam ialah Bowl Cafe 1.90. Percaya atau tidak, kesemua menu yang ditawarkan di kafe ini hanya berharga RM1.90 sahaja! Sesuai dengan nama kedainya sendiri. Di kafe ini, terdapat bermacam-macam kategori menu pilihan yang anda boleh cuba. Antaranya seperti nasi, tom yam, sup, kari, menu istimewa, western, menu santai dan juga pencuci mulut.


Kredit: LejenPress


Kredit: LejenPress


Kredit: LejenPress


Kredit: LejenPress


Kredit: LejenPress

Saiz mangkuk bagi setiap hidangan makanan di sini sebenarnya cukup besar meskipun harganya cuma RM1.90. Dengan hanya menjamu lima hidangan sahaja pun cukup membuat anda kekenyangan. Jimat pun jimat!

 

5. Selera Nasi Kak Wok


Kredit: LejenPress
 

Alamat: 7, Jalan Plumbum 7/100, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor

Waktu operasi: Isnin-Ahad (10 pagi-10 malam)

 

Menu Nasi Kak Wok ini berasal dari Kota Bharu, Kelantan dan sememangnya sudah menjadi kegemaran masyarakat kita. Hidangan ini datang dengan nasi putih berlaukkan ayam goreng kunyit yang dipotong dadu, kemudian dilengkapkan bersama gulai pekat serta sambal belacan. Fuhh, sedapnya!


Kredit: LejenPress

Apa yang membezakan Nasi Kak Wok di Selera Nasi Kak Wok dengan tempat makan lain adalah keaslian rasa nasinya sendiri. Rasanya yang sangat dekat dengan versi asal nasi ini membuatkan para pengunjung menggemari restoran Selera Nasi Kak Wok. Jadi, jika anda ingin rasa Nasi Kak Wok yang asli, anda wajib untuk berkunjung ke restoran ini!

Bagi yang ingin mencuba menu yang lain, Nasi Kerutub Daging merupakan antara menu popular di Selera Nasi Kak Wok. Para penggemar daging wajib mencuba Nasi Kerutub Daging ini kerana kuahnya yang likat dan rasa rempah padu pasti akan membuka selera anda!


Kredit: LejenPress

Selain itu, Roti Titab dan juga Lokching (sate ikan) juga merupakan antara menu yang sering mendapat perhatian orang ramai. Sambil-sambil menunggu nasi kak wok dihidang, bolehlah anda mencuba Roti Titab atau Lokching ini!


Kredit: LejenPress

Jadi, anda tidak perlu berkunjung ke Kelantan lagi semata-mata untuk makan Lokching kerana segalanya akan terasa seperti di Kelantan jika anda datang menjamu selera di Selera Nasi Kak Wok ini. 

 

Jadi, tempat makanan makan manakah yang anda bercadang untuk kunjungi dahulu?

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN