jual sarapan rm1.00

Baru-baru ini, viral berkenaan seorang lelaki yang melakukan perniagaan bergerak dengan menunggang motosikal. Semua makanan dan minuman sarapan yang dijualnya berharga RM1.00 sahaja.

Menerusi video yang dikongsi oleh pemilik akaun TikTok fadhil.zainall, katanya setiap pagi sudah menjadi rutin untuk membeli sarapan di gerai abang motor itu.

Tambahnya lagi, abang motor ini akan mula berniaga pada jam 7.20 pagi di sekitar Petaling Jaya, berdekatan First Avenue.

Difahamkan, abang motor tersebut akan bergerak setempat ke setempat, bukan hanya berniaga di tempat yang sama.

@fadhil.zainall

Semua makanan dan minuman sarapan hanya RM1.00 je

♬ original sound – fadhil.zainall – fadhil.zainall

 

Menerusi video di bawah, kelihatan pemilik akaun ini telah membeli nasi lemak, karipap, cekodok dan air dengan  jumlah harga semuanya hanya RM4.

@fadhil.zainall

Replying to @depeonies91 . Semua harga makanan dan minuman breakfast RM1.00

♬ original sound – fadhil.zainall – fadhil.zainall

Menerjah ke ruangan komen, netizen juga tidak menyangka masih ada orang menjual makanan dengan harga yang begitu murah.

Ramai turut mendoakan semoga abang motor itu dimurahkan rezeki.

“Harga ni kat kampung pun tak dapat..”

“Semoga abang ni dimurahkan rezeki..”

Sumber: TikTok fadhil.zainall

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN