cakap korea

Selalu kita tengok orang cakap korea dalam Kdrama je, baru-baru ini tular seorang peniaga tempatan yang fasih berbahasa hangul hingga membuatkan netizen kagum.

Macam yang kita tahu, Malaysia ini terdiri dengan pelbagai jenis bangsa, agama, kaum, adat dan tidak hairan lah jika terdapat pelbagai bahasa dan loghat yang sering kita dengar dalam kehidupan seharian.

Malah ada juga diantara kita yang fasih bertutur lebih daripada satu bahasa seperti mandarin, tamil, Arabic dan banyak lagi bagi memudahkan kita untuk senang bersembang dengang bangsa yang lain.

Baca juga: Selalu Tengok K-Drama? Ini 7 Makanan Korea yang Korang Patut Cuba 

Namun lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang akak jual ayam bakar fasih cakap bahasa Korea telah mencuri tumpuan.

Menerusi video berkenaan, kelihatan suasana yang memaparkan seorang wanita menjual ayam bakar di Pasar Filipina, Kota Kinabalu, Sabah.

Namun apa yang menarik perhatian ramai adalah apabila akak itu selamba bercakap bahasa Korea dengan pelancong dari negara tersebut. Dia siap mempromosikan ayam bakarnya dengan fasih. Percakapannya itu kedengaran seperti orang asli Korea.

Video Penuh:

Dapat kita lihat, pelangga itu juga langsung tidak kekok untuk berbual dengannya malah berasa teruja dengan kemahiran bahasa yang dimiliki .

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen kagum melihat kelebihan yang dimiliki oleh wanita tersebut malah sempat berseloroh mengatakan antara kelebihan lain yang dia miliki adalah dapat menonton K-Drama tanpa membuka subtitle.

“Rata-rata yang berniaga di pasar malam KK champion speaking Korea guys. That’s how competitive they are” – Netizen

Bukan itu sahaja, netizen juga akui rata-rata peniaga yang berniaga di Pasar Filipina ini dapat bertutur lebih daripada satu bahasa jadi tidak hairanlah jika wanita tersebut dapat berbahasa Korea dengan lancar.

Antara komen netizen:

cakap korea


Pasar Filipina – terletak di Kota Kinabalu ini merupakan tarikan pelancong jika berkunjung ke Sabah. Rata-rata peniaga berasal daripada Filipina.

Terdapat pelabagai barangan kraftangan, perhiasan, hasil laut dan juga buah-buahan serta yang paling laris dan sangat dicari disana adalah Mutiara jenis air tawar dan air masin yang dijual sebagai kerongsang, rantai dan gelang.

Ramai pelancong datang ke sana juga membeli hasil laut seperti ikan bilis, sotong kering dan makanan tempatan.

Pada sebelah petang pula terdapat gerai-gerai yang menjual makanan laut. Anda boleh memilih makanan laut seperti udang, ketam, ikan dan banyak lagi. Harga disini murah dan anda perlu tawar menawar.

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN