Bertahun-tahun kopek kerang mesti isi melekat dekat cengkerang dia”

Siapa yang rajin ke dapur mesti tahu betapa rumitnya nak kopek kerang, ada masanya mudah sahaja nak kopek bagi keluar isi dan kadangkala isinya melekat pada cengkerang. Bila isi dah melekat pada cengkerang nanti mula lah isinya hancur dan nak masak pula nanti tak cantik.

Sebenarnya nak kopek kerang pun ada caranya tersendiri, jom cuba tips mudah kopek kerang ini mesti cantik je isi kerangnya.

1. Rebus kerang

Pastikan korang cuci kerang dengan bersih, cuci segala lumut dan kekotorang yang melekat di cengkerang kerang tersebut, didihkan air seketika dan rebuskan kerang selama 30 saat.

2. Letak di dalam air sejuk

Selepas sudah gaulkan kerang di dalam air yang mendidih tadi, angkat kerang tersebut lalu letakkannya di dalam air sejuk atau pun air paip. Ini adalah salah satu cara untuk menghentikan proses masak kerang tadi, supaya isinya tidak kecut. Selepas itu, kupas kerang seperti biasa, isi kerang tidak akan melekat lagi pada cengkerangnya.

Sumber: Puan Shafiqa