Categories: Resipi

4 Resipi Pes Perapan Ayam Sedap, Mudah Nak Masak Bila Bulan Ramadan Nanti!

pes perapan ayampes perapan ayam

Resepi pes perapan ayam ini sesuai digunakan semasa berdiet, serta dapat memudahkan kerja memasak seharian terutamanya ketika bulan Ramadan yang bakal tiba tidak lama lagi.

Bagi yang tidak berdiet, anda juga boleh mencuba resipi ini dan sesuaikan rasanya mengikut selera masing-masing. Kemudian, anda hanya perlu lumur pada ayam dan perapkan seketika sebelum dibakar.

Baca juga: Tip Buat Pes Perapan Homemade, Barulah Ikan & Ayam Goreng Lebih Sedap

4 RESEPI PES PERAPAN AYAM YANG SEDAP DAN MENYELERAKAN

pes perapan ayampes perapan ayam

1) AYAM BAKAR MADU ALA THAI

Bahan-bahan:

  • 4-6 ulas bawang putih*
  • 2-3 akar daun ketumbar*
  • 1 sudu besar serbuk lada hitam*
  • 1 sudu besar serbuk cili*
  • 1 sudu besar kicap*
  • 1 sudu besar sos tiram*
  • 2 sudu besar madu*
  • 2 sudu besar gula Thai/gula perang/gula merah*
  • 1-1½ sudu teh garam*
  • 4 sudu besar minyak masak*
  • Beberapa titis pewarna merah (pilihan)*

Cara Penyediaan:

  1. Kisar semua bahan yang bertanda * menggunakan pemproses makanan (food processor) atau pengisar.
  2. Masukkan bahan perapan ke dalam bekas bertutup dan simpan di bahagian sejuk beku. Nyahbeku bahan perapan sebelum digunakan.

Nota:

  • Resipi ini cukup untuk 1 ekor ayam atau 8-12 ketul potongan ayam.

2) RESEPI PES PERAPAN AYAM PANDAN

Bahan-bahan:

  • 4-6 ulas bawang putih*
  • 2-3 batang serai*
  • 1-1½ sudu besar biji ketumbar*
  • 1-1½ sudu besar serbuk lada putih*
  • 1-1½ sudu teh gula Thai/gula perang* (saya guna madu)
  • 1-1½ sudu teh garam*
  • 2-3 sudu besar santan*
  • 4 sudu besar minyak masak*

Cara Penyediaan:

  1. Kisar semua bahan yang bertanda * menggunakan pemproses makanan (food processor) atau pengisar.
  2. Masukkan bahan perapan ke dalam bekas bertutup dan simpan di dalam peti sejuk beku. Nyahbeku bahan perapan sebelum digunakan.

Nota:

  • Resipi ini cukup untuk 1 ekor ayam atau 8-12 ketul potongan ayam.
  • Balut ayam dengan daun pandan sebelum digoreng.

3) AYAM GORENG BEREMPAH

Bahan-bahan:

  • 1 labu bawang besar*
  • 4-6 ulas bawang putih*
  • 2-3 tangkai daun kari (pilihan)*
  • 2 inci halia*
  • 2-3 hiris lengkuas*
  • 4-6 batang serai*
  • 2 sudu besar biji ketumbar*
  • 1 sudu besar jintan manis*
  • 1-1½ sudu teh garam
  • 1 biji telur (pilihan)*
  • 8-12 sudu besar minyak masak*

Bahan-bahan tambahan:

  • 4-6 sudu besar tepung beras**
  • 2 sudu besar serbuk kari ayam**
  • 2 sudu besar serbuk cili**
  • 2 sudu besar serbuk kunyit**

Cara Penyediaan:

  1. Kisar bahan-bahan yang bertanda * menggunakan pemproses makanan (food processor) atau pengisar.
  2. Masukkan bahan kisar ke dalam mangkuk yang mengandungi bahan-bahan yang bertanda **. Gaul hingga sebati.
  3. Masukkan bahan perapan ke dalam bekas bertutup dan simpan di dalam peti sejuk beku. Nyahbeku bahan perapan sebelum digunakan.

Nota:

  • Resipi ini cukup untuk 1-1½ ekor ayam atau 12-18 ketul potongan ayam.
  • Masukkan daun kari ketika menggoreng ayam untuk menaikkan aroma ayam goreng berempah.

4) AYAM GORENG KETUMBAR

Bahan-bahan:

  • 4-6 sdb biji ketumbar (sangai)*
  • 1 labu bawang besar*
  • 4-6 ulas bawang putih*
  • 1 sdb serbuk lada putih*
  • 1-1½ sdt garam*
  • 8-12 sdb minyak masak*
  • 4-6 sdb tepung beras**

Cara Penyediaan:

  1. Kisar bahan-bahan yang bertanda * menggunakan pemproses makanan (food processor) atau pengisar.
  2. Masukkan bahan kisar ke dalam mangkuk yang mengandungi bahan bertanda **. Gaul sehingga sebati.
  3. Masukkan bahan perapan ke dalam bekas bertutup dan simpan di dalam bahagian sejuk beku. Nyahbeku bahan perapan sebelum digunakan.

Nota:

  • Resipi ini cukup untuk 1 ekor ayam atau 8-12 ketul potongan ayam.

Setelah diperap, ayam tersebut boleh dibakar atau digoreng menggunakan ‘air fryer’ atau ketuhar. Jika menggunakan ‘air fryer’, bakar atau goreng pada suhu 200°C selama 20-25 minit atau sehingga masak sepenuhnya. Manakala, jika menggunakan ketuhar, bakar pada suhu 200°C selama 25-30 minit atau sehingga masak sepenuhnya.

Kredit: Resepi Kuih Muih

Baca juga: Cara Buat Pes Garam Kunyit Untuk Menggoreng, Tak Perlu Simpan Dalam Peti

Nasiha

Recent Posts

Beza Buah Naga Merah & Buah Naga Putih, Mana Satu Lagi Manis?

Buah naga antara buah yang terkenal dan digemari ramai. Bukan saja kerana bentuknya yang menarik,…

2 days ago

Kek Coklat Mini Yang Gebu, Letak Biskut Teddy Bear Nampak Lagi Comel!

Pada awal tahun, sesetengah kelas di sekolah akan mengadakan potluck untuk menyambut kedatangan murid. Jika…

2 days ago

Wanita Ini Kongsi Cara Orang Dulu-Dulu Buat Roti Canai, Guna Dulang Di Rumah Saja

Apabila sarapan di warung, roti canai sentiasa jadi pilihan. Tapi, ramai yang tak mahir buat…

2 days ago

Ramai Nak Turun Berat Badan Tahun Ini, Cuba Diet Suku Suku Separuh, Nak Masak Pun Tak Lama!

Ramai yang ingin merealisasikan azam tahun baharu 2025 untuk mengamalkan pemakanan sihat dengan cara berdiet.…

2 days ago

Resipi Sagu Gula Melaka, Ganti Susu Cair Kepada Santan Rupanya Lagi Sedap!

Sagu gula melaka resepi mudah ini memang menjadi kegemaran ramai, sesuai dinikmati ketika cuaca panas.…

2 days ago

Wanita Kongsi Resipi Sambal Ikan Padu, Tak Sia-Sia Mak Ajar Sampai Pandai

Seorang pengguna laman sosial Facebook, saudari Syalfarina Razali, berkongsi resepi sambal ikan yang memang sedap…

2 days ago