Categories: Resipi

Wanita Kongsi Resipi Sambal Ikan Padu, Tak Sia-Sia Mak Ajar Sampai Pandai

Seorang pengguna laman sosial Facebook, saudari Syalfarina Razali, berkongsi resepi sambal ikan yang memang sedap dan mantap. Menurutnya, resipi ini diajar oleh ibunya sehingga dia pandai memasaknya.

Bukan itu sahaja, kesedapan sambal ini membuatkan ramai yang meminta untuk menempah bagi kenduri dan jamuan. Tak menang tangan dibuatnya!

Dia juga tidak kedekut untuk berkongsi resipi sambal ini dengan pengikutnya di laman sosial Facebook. Jika ada yang berminat, jom lihat resipi penuh yang dikongsikan di bawah.

Baca juga: Rahsia Sambal Tumis Sedap, Kurang Pedas & Warna Cantik, Confirm Menjadi!

RESEPI SAMBAL IKAN SEDAP DAN PADU

Bahan-bahan:

  • 6 ekor ikan cencaru saiz sederhana (goreng dengan serbuk kunyit dan garam)
  • 12 biji bawang merah kecil (hiris atau blend)
  • 6 ulas bawang putih (hiris atau blend)
  • 3 senduk kecil cili kisar
  • Minyak untuk menumis (gunakan minyak yang digunakan untuk menggoreng ikan)
  • ½ labu bawang holland (hiris atau blend)
  • 1-2 sudu air asam jawa
  • Gula melaka asli (untuk rasa manis, ikut selera)
  • Garam dan perasa (secukup rasa)

Cara-cara:

  1. Hiris atau blend 12 biji bawang merah kecil dan 6 ulas bawang putih. Bawang merah kecil lebih manis dan menjadikan sambal lebih manis secara semulajadi, jadi tak perlu banyak gula.
  2. Panaskan minyak yang digunakan untuk menggoreng ikan, kemudian tumis bawang hiris hingga naik bau.
  3. Bila bawang dah kuning dan harum, masukkan 3 senduk kecil cili kisar. Tingkatkan sedikit api.
  4. Setelah cili garing, tambah sedikit air dan biarkan sambal mereneh 2-3 kali. Perlahankan api jika perlu. Setelah sambal agak kering, tambah lagi sedikit air dan teruskan mereneh. Masukkan setengah labu bawang Holland yang dihiris (atau blend). Bawang Holland akan memberikan rasa manis dan kelembutan pada sambal.
  5. Masukkan 1-2 sudu air asam jawa untuk rasa masam yang segar.
  6. Untuk rasa manis, tambahkan gula melaka asli. Gula melaka memberi rasa lemak-lemak pada sambal. Tambahkan garam dan perasa mengikut selera.
  7. Akhir sekali, masukkan ikan yang telah digoreng tadi dan renehkan seketika agar sambal meresap ke dalam ikan.

Sumber: Syalfarina Razali

Baca juga: Resipi Sambal Telur Mata Ringkas Tapi Sedap, Warna Pun Merah Elok!

Wan N

Recent Posts

Tips Chili Oil Tahan Lama, 6 Bulan Masih Elok Walaupun Disimpan Pada Suhu Bilik!

Petua chili oil tahan lama antara perkara yang sering dicari, terutama bagi mereka yang gemar…

3 days ago

Resipi Kuetiau Hong Kong Dengan Kuah Pekat & Aneka Lauk, Buat Sendiri Di Rumah Lagi Puas!

Kuey teow Hong Kong antara menu yang menjadi pilihan ramai apabila teringin menikmati hidangan mi…

3 days ago

Resipi Creamy Udon Pedas Ikut Tekak Melayu, Letak Pula Chili Oil Memang Puas Makan!

Ada kalanya, menu makan malam yang berbeza daripada kebiasaan boleh menaikkan selera selepas seharian sibuk…

3 days ago

Serabai Istimewa Penang Kini Tersenarai Dalam MICHELIN Bib Gourmand 2027, Beroperasi Sejak 1975!

Kuih serabai mungkin nampak seperti hidangan tradisional biasa, tetapi sajian warisan ini berjaya mendapat perhatian…

3 days ago

Resipi Ikan Bilis Sambal Goreng, Jangan Gaul Ketika Masih Panas Kalau Nak Kekal Rangup!

Resipi ikan bilis sambal goreng antara hidangan yang mudah disediakan dan sesuai dijadikan stok lauk…

3 days ago

Kebaikan Kimchi Untuk Kesihatan, Rupanya Bukan Sekadar Untuk Lawas…Otak Pun Dapat Manfaat!

Kimchi merupakan makanan tradisional Korea yang diperbuat daripada kubis Cina melalui proses fermentasi. Selain rasanya…

3 days ago