Pada awal tahun, sesetengah kelas di sekolah akan mengadakan potluck untuk menyambut kedatangan murid. Jika tiada idea, boleh buat Kek Coklat Mini untuk anak bawa ke sekolah.
Cara buat Kek Coklat Mini sebenarnya sama seperti kek coklat biasa, cuma saiznya lebih kecil dan mudah dibuat dengan menggunakan acuan yang menarik.
Jelita Rose telah tunjukkan hasil yang sangat comel di Facebook, siap ada resipi lengkap untuk buat secara bakar atau kukus. Jom kita cuba!
Baca juga: Kek Coklat Moist Sedap Sukatan Cawan, Resipi Ini Serius Tangkap Leleh!
Bahan A:
Bahan B:
Bahan C:
Cara-cara membuat:
1. Mula-mula, ayak tepung, campur semua bahan A dan kacau sebati, kemudian ketepikan seketika.
2. Selepas itu, campur semua bahan B dan kisar sampai berbuih.
3. Kemudian, campur dengan bahan A tadi dan kacau semua bahan sampai sebati.
4. Seterusnya, campurkan air panas dengan adunan tadi dan kacau semua bahan sampai sebati lagi.
5. Setelah itu, rehatkan adunan selama 30 minit.
6. Jika ingin bakar, guna loyang saiz 7 atau 8 inci dan bakar selama 1 jam dengan menggunakan suhu 180°C. Jika guna papercup, bakar selama 15 hingga 20 minit dengan suhu yang sama.
7. Jika ingin kukus dalam acuan kecil, masanya selama 15 minit dengan menggunakan api kecil saja. Jika guna loyang, kukus selama 1 jam sehingga masak.
8. Setelah kek siap dimasak, boleh sejukkan dan hias mengikut kreativiti masing-masing (saya letak cheese dan biskut teddy bear). Siap untuk dinikmati!
Resipi Kek Coklat Mini sangat sesuai dijadikan sebagai pencuci mulut untuk potluck. Selain itu, anda boleh hidangkannya secara istimewa ketika majlis hari lahir anak anda nanti.
Selamat mencuba!
Sumber: Jelita Rose
Baca juga: Cara Buat Kek Coklat Moist Leleh Bentuk Mini, Sedar-Sedar Dah Masuk Mulut!
Pes cili kisar antara bahan penting yang selalu digunakan dalam masakan seperti sambal tumis, nasi…
Resipi mi rebus Terengganu ini sesuai dicuba bagi yang menggemari hidangan mi berkuah panas dengan…
Cara buat donat susu yang gebu dan lembut sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan gabungan…
Pernah rasa mengantuk selepas makan tengah hari sehingga mata terasa berat dan badan lesu? Ada…
Avocado yang masih keras memang memerlukan masa sebelum boleh dinikmati. Namun, ada cara peram avocado…
Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…