Pernah cuba rasa air 3 Layer Green Tea ini? Selalu yang kita jumpa 3 Layer Tea sahaja dan hanya ada di kedai-kedai mamak. Hah! Jom kita tengok apa bahan-bahannya.
Kalau nak tahu, green tea dan matcha merupakan hasil tumbuhan yang cukup popular bukan sahaja di Asia, malah di seluruh dunia. Cara hidangannya juga bervariasi – dari minuman ke kek, semuanya ada.
Penggemar green tea mesti suka variasi baru ini kerana ia mengabungkan green tea, susu cair, dan juga air gula merah. Teksturnya memang pekat, likat dan lemak berkrim gitu!
Baca juga: Air Laici Kang Cara Mudah Ini Dapat Lebih 2.8K Shares, Cukup Rasa Segar Dan Manisnya
Bila cuaca panas, memang terangkat bila pekena segelas, memang tak boleh nak tolak. Tak adalah bosan bila selalu sangat asyik buat bancuhan cara yang biasa je. Juadah air berbuka hari ini boleh cuba bancuhan style baru.
Jom ikuti resipi bancuhan dari perkongsian Cik Puan Nur Fakhira Mohd Rosli di laman Facebook. Memang unik, dan hasilnya juga sedap! Kita lihat cara-caranya di bawah.
RESIPI 3 LAYER GREEN TEA
Bahan-bahan:
- Air gula melaka
- Susu cair
- Air panas
- 2 sudu serbuk teh hijau thai
- Ais secukupnya
- Air sejuk secukupnya
Cara-cara bancuhan air:
1. Rendam green tea bersama dengan air panas selama 20 hingga 30 minit.
2. Tapis dgn penapis teh kain.
3. Tambah sedikit air sejuk. Kacau.
4. Letak air gula melaka dalam gelas. Tambah ais. Letak susu cair.
5. Masukkan air green tea. Dah siap!
Nota: Teh hijau Thai ini dijual oleh ramai stokis seluruh Malaysia, boleh rujuk di Google untuk stokis terdekat.
Terima kasih kepada Cik Puan Nur Fakhira Mohd Rosli kerana sudi berkongsi resipi air bancuhan green tea yang sedap ini. Nak buat untuk berniaga pun tiada masalah. Tapi kena bereksperimen dulu menjadi ke tidak. Nanti rugi pula. Hiks!
Semoga bermanfaat dan selamat mencuba!