Categories: Informasi

15 Negara Paling Banyak Makan Mi Segera, Tak Sangka Malaysia Pun Tersenarai!

Berdasarkan data Persatuan Mi Segera Dunia (WINA) untuk tahun 2024, China dan Hong Kong berada di tangga teratas dalam senarai negara yang paling banyak makan mi segera, dengan penduduknya makan lebih 42 bilion bungkus mi segera setiap tahun!

Negara lain yang turut tersenarai dalam carta penggunaan mi segera tertinggi adalah Indonesia, India, Vietnam, Jepun, Amerika Syarikat, Filipina, Korea Selatan, Thailand dan Nigeria.

Agak mengejutkan juga apabila melihat Amerika Syarikat berada di tangga keenam dalam senarai ini. Mungkin kerana budaya makanan segera yang semakin berkembang di sana. Brazil, Rusia, Nepal dan Mexico melengkapkan senarai 15 negara pengguna mi segera terbanyak di dunia.

Baca juga: Bekas Arkitek Jual Nasi Kerabu di London, Raih Pendapatan Lebih RM2 Juta Setahun!

MALAYSIA TANGGA KE-13 DALAM SENARAI NEGARA PEMAKAN MI SEGERA TERBANYAK

Data ini menunjukkan betapa popularnya mi segera sebagai pilihan makanan yang mudah, cepat dan murah di seluruh dunia. Dan ya, Malaysia juga termasuk dalam senarai ini, di tangga ke-13!

Walaupun mi segera mudah dan sedap, jangan lupa untuk mengamalkan pemakanan seimbang dan gaya hidup sihat!

Berikut merupakan senarai penuh 15 negara yang paling banyak makan mi segera:

  1. China dan Hong Kong: 42.2 bilion
  2. Indonesia: 14.5 bilion
  3. India: 8.68 bilion
  4. Vietnam: 8.13 bilion
  5. Jepun: 5.84 bilion
  6. Amerika Syarikat: 5.10 bilion
  7. Filipina: 4.39 bilion
  8. Korea Selatan: 4.04 bilion
  9. Thailand: 3.95 bilion
  10. Nigeria: 2.98 bilion
  11. Brazil: 2.55 bilion
  12. Rusia: 2.20 bilion
  13. Malaysia: 1.64 bilion
  14. Nepal: 1.57 bilion
  15. Mexico: 1.55 bilion

Sumber: Sinar Harian

Baca juga: Hanya Petik Buah Durian, Lelaki Ini Dedah Raih Pendapatan RM9,227 Sebulan!

Wan N

Recent Posts

Kilang Lee Biscuits Di Pontian Henti Operasi Selepas 92 Tahun, Jenama Legenda Sejak 1934

Kilang Lee Biscuits yang sinonim dengan biskut nostalgia bakal menghentikan operasi pengeluaran di Pontian, Johor,…

2 days ago

Resipi Nasi Goreng Udang Selambak, Lagi Padu Bila Makan Dengan Dua Penambah Rasa INI!

Nasi goreng udang selambak sesuai dijadikan pilihan untuk sarapan, makan tengah hari atau makan malam.…

2 days ago

Resipi Koktail Buah Creamy, Meriah Dengan Buah Warna-Warni… Sekali Cedok Tak Cukup!

Resipi fruit cocktail antara pencuci mulut yang sesuai dihidangkan ketika cuaca panas. Gabungan buah-buahan segar…

2 days ago

Resipi Sambal Ikan Tongkol Yang Menggoda Selera, Tambah Daun Kesum Terus Naik Aroma!

Ikan tongkol masak sambal antara hidangan yang cukup digemari ramai kerana gabungan rasa pedas, manis…

2 days ago

Resipi Dumpling Ayam Kukus, Inti Lembut Berjus Cicah Pula Sos Thai Memang Mantap!

Resipi dumpling ayam kukus ini sesuai untuk sesiapa yang teringin menikmati dumpling homemade dengan inti…

3 days ago

Resipi Mini Burnt Cheesecake 7 Bahan Jadi Keperangan Elok Ala Bakeri, Saiz Kecil Tapi Padu Berkrim!

Resepi mini burnt cheesecake ini sesuai dijadikan pencuci mulut untuk keluarga atau tetamu. Saiznya yang…

3 days ago