Categories: Tips & Petua

11 Jenis Limau Mandarin Yang Korang Wajib Tahu Sebelum Beli Dan Cara Pilih Buah Yang Manis

Terdapat pelbagai jenis buah limau mandarin di pasaran bergantung kepada saiz, kualiti dan jenisnya. Setiap jenis mempunyai rasa yang berbeza walaupun kelihatan hampir sama.

Pernah tak, bila makan limau mandarin pasti ada buah yang masam? Kalau dapat yang masam memang tak sentuh dah, tekak tak boleh nak telan sebab lebih suka buah yang manis sahaja.

Artikel berkaitan: Batuk Teruk Lepas Makan Limau Mandarin? Pakar Ini Kongsi Cara Elak & Tips Pilih Limau

Menurut The Straits Times, ada 11 jenis limau mandarin di pasaran. Kalau anda perasan, harga buah ada yang murah dan mahal. Bentuknya juga ada pelbagai saiz.

Kalau nak tahu cara pilih buah mandarin yang manis, mari baca artikel ini untuk mudahkan pembelian setiap kali Tahun Baru Cina.

JENIS BUAH LIMAU MANDARI YANG PERLU DIKETAHUI

1. Ponkan

Asal: Taiwan

Rasa: Kebiasaanya ponkan berasa manis dengan sedikit cetusan masan dihujung-hujung lidah. Tetapi ia tidak mempunyai jus yang tinggi seperti lukan.

Ciri-ciri: Saiz sebiji Pokan lebih kurang saiz tapak tangan dewasa. Ini bermakna ia agak besar dengan kulitnya yang licin. Pilihan paling popular di pasaraya.

2. Lukan

Asal: China

Rasa: Lebih manis dan berjus jika dibandingkan dengan Ponkan. Mandarin jenis ini amat sesuai untuk digunakan sebagai ramuan di dalam masakan kerana ia tahan kepada panas dan tidak mudah benyek.

Ciri-ciri: Lukan bersaiz lebih kecil dari Ponkan. Namun, kulitnya lebih nipis dan sedikit menggerutu. Adakalanya, terdapat tompok hitam pada kulit.

3. Swatow

Asal: China

Rasa: Rasanya lebih masam

Ciri-ciri: Swatow lebih besar dari saiz limau Ponkan dan Lukan. Kulitnya juga lebih tebal berbanding dua di atas dengan teksturnya yang kasar dan sedikit sukar untuk dikupas. Namun, ia mampu bertahan untuk tempuh 6 bulan berbanding limau mandarin lain yang hanya tahan 3 bulan selepas masak ranum.

4. Kinno

Asal: Pakistan

Rasa: Rasanya sangat manis

Ciri-ciri: Berkulit licin dan banyak biji. Berukuran 7 hingga 8cm. Sesuai dijadikan minuman koktel, bahan masakan dan bakar.

5. Jenis Buah Limau Mandarin – Mikan

Asal: China

Rasa: Mikan antara buah limau manderin yang paling masam tetapi ia mempunyai aroma citrus sangat kuat.

Ciri-ciri: Ia merupakan buah limau mandarin yang paling kecil berbanding jenis lain dan mempunyai kulit nipis berwarna kekuningan. Namun, limau jenis ini hanya mampu bertahan 2 minggu selepas masak ranum. Tiada biji. 

6. Clementine

Asal: Mediterranean

Rasa: Rasanya sangat masam.

Ciri-ciri: Mudah dikupas, agak berair dan tiada biji. Memandangkan ia sering diimport dari Eropah, harganya boleh tahan mahal.

7. Mandelo

Asal: Amerika Syarikat

Rasa: Sangat manis dan berair, mempunyai rasa seakan campuran buah pomelo dan limau gedang, dan sedikit pahit tetapi menyedapkan.

Ciri-ciri: Sebesar limau gedang (grape fruit) mempunyai kulit kuning-hijau nipis dan banyak biji.

8. Dekopon

Asal: Jepun

Rasa: Limau manderin jenis ini tidak berbiji dan mempunyai rawa manis serta segar. Ia mempunyai aroma limau yang lebih kuat berbanding yang lain. Disamping itu juga, kulit setiap ulas dan sacs limaunya lebih lembut dan berkualiti.

Ciri-ciri: Warna kulitnya sedikit cerah dan permukaanya kasar. Terdapat benjolan pada bahagian atas limau atau kulit yang berhampiran tangkai. Senang dikupas.

9. Jenis Buah Limau Mandarin – Honey Murcott

Asal: Amerika Syarikat

Rasa: Sederhana manis, sedikir berair, rendah asid dan kadang-kadang tawar.

Ciri-ciri: Kira-kira 9cm lebar, agak gemuk, dengan kulit yang melekat tetapi nipis dan beberapa biji.

10. Sour Orange

Asal: Jepun.

Rasa: Tekstur masam, tak sesuai dimakan mentah.

Ciri-ciri: Kira-kira 7cm, warna agak kekuningan oren. Digunakan secara tradisional untuk membuat marmalade, kuih-muih, minuman keras, ekstrak dan minyak wangi.

11. Tangerine

Asal: China

Rasa: Jenis limau manderin yang paling digemari kerana rasa dan aromanya yang sejati. Namun rasa manisnya tidak bertahan lama. Setalah seminggu dipetik, rasa enaknya semakin berkurangan.

Ciri-ciri: Saiznya hanya 1/3 daripada saiz Ponkan. Kulitnya nipis namun sangat mudah untuk dikupas.


Cara Pilih Buah Limau Mandarin Yang Manis

1. Tengok fizikal buah limau tersebut. Biasanya kalau nak tahu yang manis ni, limau tak bulat cantik, nampak menggerutu sikit. Kalau yang masam buahnya bulat cantik.

2. Warna buah limau yang manis, nampak ke oren tua sikit.

3. Cuba picit bahagian bawah limau, kalau kulit limau tu nampak lekuk, maknanya kulit limau itu dah mudah lekang dari isi. Yang ni mudah sangat nak cam.

4. Biasanya kalau kulit limau yang mudah lekang ni antara dua samaada manis atau tawar, sebab kalau ikut pengalaman, tak pernah lagi jumpa yang masam. Tawar tu dah biasa.

Farhana Syahirah

Halal foodie. Gemar mencari content tentang makanan sambil travel!

Recent Posts

Wanita Ini Kongsi Resipi Sandwich Telur Versinya, Bahan-Bahan Mudah Cari & Sangat Ringkas

Kalau sedang cari cara membuat sandwich telur yang mudah untuk bekal anak, resipi ini memang…

24 hours ago

Setiap Negeri Ada Cerita, Ini Hidangan Ikonik Dan Resipi Ringkas Dari Seluruh Malaysia

Makanan ikonik Malaysia memang cukup pelbagai dan setiap negeri mempunyai hidangan tersendiri yang menjadi kebanggaan…

24 hours ago

Resipi Puding Buah Koktail, Sejuk-Sejuk Masuk Mulut Memang Nikmat!

Puding buah koktail antara pencuci mulut yang mudah dibuat dan sedap dinikmati ketika sejuk. Teksturnya…

1 day ago

Resipi Ayam Masak Merah Santan, Tengok Kuahnya Yang Pekat Cantik Pun Dah Buat Terliur

Kalau mencari idea lauk yang mudah tetapi tetap menyelerakan, ayam masak merah santan ini boleh…

1 day ago

Tokey Kedai Makan Dedah Resipi Serbuk Perasa, Boleh Guna Untuk Pelbagai Jenis Masakan

Kalau selama ini tertanya-tanya apa bahan yang digunakan untuk menghasilkan serbuk perasa yang sesuai untuk…

1 day ago

Cara Lembutkan Ayam Beku Dalam 10 Minit, Rupanya Guna 3 Bahan Ini Saja!

Cara lembutkan ayam beku ini boleh dicuba apabila ayam masih keras sedangkan masa untuk memasak…

1 day ago