Categories: Informasi

[VIDEO] Hati-hati Pilih Belacan! Peniaga Ini Jumpa ‘Benda’ Lepas Rasa Sambalnya Ada Tekstur Pasir

Seorang peniaga meluahkan rasa marah apabila belacan yang sering digunakan dalam masakan mempunyai tekstur berpasir.

Tidak berpuas hati dengan kualiti sambal belacan yang dihasilkan, lelaki tersebut mencairkan satu paket belacan dan akhirnya menjumpai punca utama rasa pelik itu.

Video tersebut dimuat naik di akaun TikTok @nasibanimelayu sudah mendapat tontonan 1.3 juta dan 57,100 tanda suka.

Artikel berkaitan: ‘Loya Tekak,’ – Ingatkan Daging, Rupanya Kain Basuh Pinggan Dalam Steamboat

“Hari ini aku betul-betul marah, aku nak tunjuk belacan paling kotor dan tak boleh digunakan.

“Aku buat sambal belacan dah lama tapi akhir-akhir ini rasanya makin pelik, kenapa rasa berpasir walaupun kami basuh semua bahan.

“Lepas belacan sudah cair dan ditapis, munculah kulit kerang. Benda inilah yang penyebab rasa sambal itu berpasir,” katanya dalam video tersebut.

Selepas dibasuh dua tiga kali, makin jelas kelihatan kulit kerang yang sudah hancur dalam tapisan tersebut.

Video tersebut juga dikongsi oleh pemilik Facebook Mukhzanee Muhamad dan mendapat reaksi warganet yang tidak terkejut dengan isi belacan tersebut.

“Ehh baru tahu ke, aku kalau beli barang dan nampak made in Pulau Pinang, memang tak akan beli dan akan lihat dulu kawasan tempat buat.

“Kalau kawasan dekat Pulau Ketam, memang awal lagi tak akan beli,” komen Zakhwan Ikhwan di Facebook.

“Lagi satu kalau beli udang kering, kalau yang dah siap dibungkus dari Kuala Gula, mohon berhati-hati.

“Sebab sebelum ini pernah nampak udang dijemur di tepi jalan dan hanya lapik dengan menggunakan guni sahaja. Pernah Juga nampak anjing jilat serta duduk atas udang kering,” tambah Muhamad Fuad.

Buat Laporan Pihak Berkaitan

Dalam video lain, lelaki berkenaan turut memaklumkan sudah membuat laporan kepada pihak yang berkaitan supaya tindakan tegas diambil oleh pengilang belacan tersebut.

Jika ada yang sudah membeli produk ini, diminta untuk membuat laporan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui Sistem Pengurusan Aduan Bersepadu (Sispaa), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).


Kena hati-hati. Ini baru belacan, kita tak tahu ada bahan mentah untuk masakan lain yang tidak pasti kebersihannya. Bahaya dalam diam ni.

Farhana Syahirah

Halal foodie. Gemar mencari content tentang makanan sambil travel!

Recent Posts

Kilang Lee Biscuits Di Pontian Henti Operasi Selepas 92 Tahun, Jenama Legenda Sejak 1934

Kilang Lee Biscuits yang sinonim dengan biskut nostalgia bakal menghentikan operasi pengeluaran di Pontian, Johor,…

2 days ago

Resipi Nasi Goreng Udang Selambak, Lagi Padu Bila Makan Dengan Dua Penambah Rasa INI!

Nasi goreng udang selambak sesuai dijadikan pilihan untuk sarapan, makan tengah hari atau makan malam.…

2 days ago

Resipi Koktail Buah Creamy, Meriah Dengan Buah Warna-Warni… Sekali Cedok Tak Cukup!

Resipi fruit cocktail antara pencuci mulut yang sesuai dihidangkan ketika cuaca panas. Gabungan buah-buahan segar…

2 days ago

Resipi Sambal Ikan Tongkol Yang Menggoda Selera, Tambah Daun Kesum Terus Naik Aroma!

Ikan tongkol masak sambal antara hidangan yang cukup digemari ramai kerana gabungan rasa pedas, manis…

2 days ago

Resipi Dumpling Ayam Kukus, Inti Lembut Berjus Cicah Pula Sos Thai Memang Mantap!

Resipi dumpling ayam kukus ini sesuai untuk sesiapa yang teringin menikmati dumpling homemade dengan inti…

3 days ago

Resipi Mini Burnt Cheesecake 7 Bahan Jadi Keperangan Elok Ala Bakeri, Saiz Kecil Tapi Padu Berkrim!

Resepi mini burnt cheesecake ini sesuai dijadikan pencuci mulut untuk keluarga atau tetamu. Saiznya yang…

3 days ago