limau mandarin

Menjelang sambutan Tahun Baru Cina yang bakal tiba, limau mandarin merupakan makanan yang cukup popular untuk disaji dan diberikan kepada rakan-rakan mahupun jiran tetangga.

Siapa je tak suka makan limau mandarin kan? Rasanya yang masam-masam manis dan berjus menjadikannya makanan yang digemari ramai.

Namun ada satu perkara yang perlu diambil berat oleh semua. Menurut seorang ahli teknologis makanan iaitu Sazlu Tulih, ada sebahagian buah limau mandarin telah disalut dengan sulfur dioksida yang menyebabkan batuk.

Adakah salutan itu mengikut piawaian pemakanan negara kita? Jom kita ikuti perkongsiannya di bawah beserta tips makan limau mandaratin supaya tidak batuk.

Limau Mandarin, Batuk dan Sulfur Dioksida

Sambutan Tahun Baru Cina dah semakin hampir, mesti anda semua dah dapat hadiah limau mandarin yang dihadiahkan oleh rakan-rakan berbangsa Cina atau beli sendiri di kedai buah atau pasaraya.

Buahnya manis dan sedapkan.. Tapi pernah tak anda makan buah limau manderin ni dan batuk teruk? Saya pernah mengalaminya, tapi dah lama laaa, 15 tahun yang lepas. Tapi tahukah anda apa puncanya??

Hasil siasatan yang dibuat, saya dapati limau mandarin yang saya makan telah disalut dengan sulfur dioksida. Buah limau mamderin direndam dengan bahan kimia ini bertujuan sebagai bahan pengawet bagi memanjangkan jangka hayat buah tersebut sebelum dipasarkan.

Hasil siasatan yang dibuat, saya dapati limau mandarin yang saya makan telah disalut dengan sulfur dioksida. Buah limau mamderin direndam dengan bahan kimia ini bertujuan sebagai bahan pengawet bagi memanjangkan jangka hayat buah tersebut sebelum dipasarkan.

Sebenarnya di dalam Peraturan-Peraturan Makanan 1985 di bawah Akta Makanan 1983 membenarkan penggunaan sulfur dioksida sebagai bahan pengawet dalam makanan tertentu termasuk buah-buahan segar seperti limau mandarin namun pada kadar tidak melebihi 30mg/kg.

Sulfur dioksida telah dinilai dan disahkan selamat untuk digunakan dalam makanan pada kadar tertentu oleh badan penilai antarabangsa Joint FAO/WHO Expert Committee on Food Additive (JECFA).

Tidak berbahaya, tetapi…

Sulfur dioksida tidak berbahaya kepada manusia apabila digunakan dalam kadar yang dibenarkan tetapi ia boleh menyebabkan lelah terhadap orang yang sensitif apabila terhidu atau tertelan.

Jika ada penggunaan Sulfur Dioksida dalam buah limau manderin, di bawah subperaturan 20(6) Peraturan-Peraturan Makanan 1985, setiap bungkusan makanan untuk jualan termasuk limau mandarin yang ditambah sulfur dioksida lebih daripada 10mg/kg, mesti dilabel dengan pernyataan “mengandungi sulfur dioksida”.

Sesiapa yang gagal mematuhi peraturan ini boleh didenda tidak melebihi RM 5,000 atau dipenjara selama tempoh tidak lebih daripada dua tahun.

Di bawah subperaturan 11(1) (j), Peraturan-Peraturan Makanan 1985, bagi makanan import termasuk limau mandarin, nama serta alamat pembungkus dan pengimport, termasuk nama negara dari mana makanan itu berasal hendaklah dinyatakan pada label.

Kalau ada sesiapa yang membuat pelabelan palsu boleh dikenakan penjara selama tempoh tidak lebih daripada tiga tahun atau denda atau kedua-duanya seperti yang diperuntukan di bawah Seksyen 16, Akta Makanan 1983.

Saya kongsikan tips nak makan limau manderin supaya tak batuk.

  1. Basuh la kulit limau manderin tu sebelum makan.
  2. Jangan gigit kulit limau bagi mengupas buah tersebut.
  3. Selepas mengupas kulit limau, cuci lah tangan.
  4. Jangan makan kulit limau. Makan isinya sahaja.
  5. Suruh je orang lain kupaskan.

Diharapkan tips ini berguna kepada anda semua.

Selamat Menyambut Tahun Baru Cina 2022 dari Sazly tulih.

Sumber: Sazly Tulih

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN