nasi air thai

Mesti dah bosan kan asyik masak nasi air dengan cara biasa? Apa kata kali ini jom cuba kelainan dengan membuat Nasi Air Thai pula.

Cuaca hujan macam ni memang sedap dapat makan sesuatu yang lembut dan bersup seperti Nasi Air Thai. Lagi nikmat kalau dapat makan panas-panas.

Kalau ada yang nak cuba buat, jom lihat resipi lengkap perkongsian oleh Ichi Safitri di bawah. Anak-anak dan seisi keluarga pasti suka!

Resipi Nasi Air Thai

nasi air thai

Bahan-bahan (untuk 4-5 orang makan):

  • 2 cawan beras (basuh, rendam dan simpan dalam peti beku semalaman)
  • Air 2 liter (boleh tambah jika beras masih keras)
  • 2 ulas bawang putih
  • Kiub ayam

Rebus semua bahan-bahan ini.

Bahan-bahan kuah:

  • 1/2 bahagian ayam (direbus bersama kuah & carik-carikkan isinya)
  • 1 kiub pati ayam
  • 1/2 batang serai yang dititik (jangan banyak sangat nanti kuat rasa serai)
  • 4 ulas bawang putih (diketuk)
  • 1 inci halia (diketuk)
  • Air 1 liter
  • Garam, gula dan serbuk cukup rasa

Rebus semua bahan-bahan ini.

Bahan hiasan untuk dimakan bersama:

  • Minyak bawang putih (cincang kemudian goreng dengan sedikit minyak masak dah sejuk simpan ambik sekali minyaknya)
  • Bebola ikan (rebus sekejap dengan kuah sup tadi)
  • Kangkung (celur dengan air panas je)
  • Ikan bilis goreng
  • Telur masin
  • Cili flakes
  • Air lada (blend cili merah besar 3biji campurkan cili api merah bersama cuka tambah kan gula, garam)

Cara penyediaan:

Tuang bubur nasi ke dalam mangkuk tambahkan bahan-bahan hiasan dan tuang sup. Selamat mencuba!

Kredit: Ichi Safitri

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN