Pulut Mangga Ala Thai

Kategori: Asian, Masakan Thai
Masa Penyediaan: 0 Jam 20 Minit
Hidangan: 2 Orang

Bagaimana cara nak masak Pulut Mangga Ala Thai?


Bahan-bahan diperlukan:

  • 1 cawan beras pulut (Direndam 3-4 jam dan tuskan) 
  • 1 cawan santan cair 
  • Sedikit garam 
    (Santan dibancuh dengan sedikit garam)
  • 2 biji mangga masak (Dihiris) 
  • 1 cawan santan pekat 
  • 1 sudu makan tepung jagung 
  • 3 sudu makan gula pasir 
  • Garam secukup rasa

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Masukkan beras pulut ke dalam periuk kukusan dan kukuskan sehingga masak (naik wap). 
  2. Masukkan pulut ke dalam mangkuk tahan panas dan tuangkan santan cair yang dibancuh garam. Gaul sebati. 
  3. Masukkan semula pulut ke dalam periuk kukusan dan kukus lagi sehingga naik wap semula. 
  4. Masukkan santan pekat, tepung jagung, gula pasir, dan garam ke dalam 
    periuk dan masakkan sehingga naik wap sambil sentiasa mengacau 
    sehingga agak pekat. 
  5. Sendukkan pulut yang sudah masak di atas pinggan dan bentukkan bulat. 
  6. Hidangkan bersama kuah santan dan mangga yang dihiriskan.

Leave a comment