aneka resipi roti buku

Jika terdapat roti dari jenama seperti Gardenia atau Massimo, berikut adalah aneka resipi guna roti buku yang anda boleh cuba.

Amat sesuai bagi anda yang enggan menghabiskan masa yang lama di dapur tetapi ingin menikmati hidangan yang lazat dan mengenyangkan.

Baca juga: Aneka Resipi Ayam Tanpa Minyak, Sesuai Untuk Yang Tengah Diet

Resipi roti ini mudah dan ringkas untuk disediakan, serta lazat apabila dimakan dalam keadaan panas. Sesiapa yang menyukai makanan sebegini pasti akan berselera.

Sekali-sekala, untuk menukar suasana atau mencuba sesuatu yang baru, bolehlah mencuba resipi-resipi yang disediakan di bawah ini.

ANEKA RESIPI GUNA ROTI BUKU YANG SIMPLE DAN SEDAP

1. LASAGNA ROTI

aneka resipi roti buku

 

Bahan-bahan utama:

  • 6 keping roti gardenia
  • ½ cawan susu segar

Bahan-bahan inti:

  • 2 sudu besar butter atau minyak masak
  • 3 keping daging burger atau daging/ayam cincang
  • 1 biji bawang holand (di potong dadu)
  • 3 ulas bawang putih (di potong dadu)
  • 1 batang sosej (di potong bulat bulat)
  • ¼ biji capsicum hijau (di potong dadu)
  • ½ biji tomato (di potong dadu)
  • 1 tin sos pasta Adabi
  • 5 sudu besar sos cili
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 1 sudu kecil mixed herbs
  • 1 sudu kecil rosemary
  • 1 cawan mozarella cheese
  • 1 cawan cheddar cheese
  • 2 keping cheesedale
  • ½ sudu kecil garam (jika perlu)

Cara-cara penyediaan:

1. Panaskan minyak dan tumis bawang holland dan bawang putih hingga baik bau dan kekuningan. Kemudian masukkan daging cincang dan tumis hingga masak dan kering airnya.

2. Kemudian masukkan sosej dan kacau rata. Masukkan sos pasta Adabi dan kacau sebentar. Masukkan sos cili, mixed herbs, lada hitam dan serbuk rosemary. Kacau rata.

3. Kemudian masukkan capsicum dan tomato. Boleh je nak letak apa2 sayur yang ada macam seleri, lobak merah atau cendawan butang. Kacau sebentar hingga sebati. Dah siap. Sejukkan sebentar.

4. Sementara tu celup roti depan belakang ke dalam susu dan susun dalam bekas. Letak beberapa sudu bahan inti tadi ke atas roti dan ratakan. Kemudian lapiskan dengan cheese keping, cheddar dan mozarella cheese.

5. Ulang semula langkah 4 susun roti dan letak lagi inti. Lapiskan dengan cheese. Ulang hingga bahan inti habis. 

6. Masukkan ke dalam air fryer dan bakar dengan suhu 160°C selama 10 minit. Masa dan suhu bergantung pada AF atau oven masing masing.

7. Dah masak boleh la di keluarkan. Potong kepada beberapa bahagian dan boleh di makan dengan gembira.

Resipi oleh: Iedaa Jahaya

2. CUP PIZZA

aneka resipi roti buku

Bahan bahan untuk 5 ketul cawan:

  • Roti 3 keping
  • Telur 3 biji
  • Hotdog 2 (kalau nak)
  • Bawang holland
  • Mayonaise 1 sudu besar
  • Salt & Pepper

Cara-cara penyediaan cup pizza: 

1. Potong semua bahan-bahan tu bentuk dadu / nipis2.

2. Gaulkan dalam mangkuk. Masukkan dalam bekas cupcake / muffin. Lepastu sprinkle salt n pepper.

3. Panaskan air fryer 5 minit suhu 180©. Bakar selama 10minit, suhu 160©.

4. Sedia dihidang!

Resipi oleh: Eyqa Roslan

3. ROTI SOSEJ GULUNG

aneka resipi roti buku

Bahan-bahan:

  • Roti gardenia
  • Sosej
  • Serbuk roti
  • 1 sudu mkn tepung bestari spicy
  • 2 sudu mkn tepung gandum
  • Sos cili
  • Mayonis
  • Cheese leleh

Cara-cara penyediaan:

1. Rebus sosej terlebih dahulu.

2.  Lenyek roti bagi nipis.

3.  Gulung kan sosej bersama roti yang dah di potong dua.

4. Campurkan tepung bestari bersama tepung gandum tambah air agak-agak mcm nak buat pisang goreng. Celup roti ke dalam adunan. Ratakan dengan serbuk roti dan goreng,

5. Siap goreng paipkan mayonis, sos cili, serbuk cheese tambah air jadikan mcm sos.. boleh paip atas roti siap..

Resipi oleh: Lydia Na Kitchen

4. KEK ROTI GARDENIA

Bahan-bahan:

  • 7-8 keping roti gardenia
  • 3 biji telur gred A
  • 1/2 cawan minyak masak
  • 3 sdb susu pekat
  • 1/4 cawan gula
  • 1/2 sdb serbuk penaik
  • 1 sdt esen vanila
  • Pewarna kesukaan

Cara-cara penyediaan:

1. Blend gula dan telur. Kisar sehingga kembang

2. Masukkan minyak masak, susu pekat, serbuk penaik dan esen vanila. Masukkan roti.

3.  Bahagikan kepada tiga bahagian. Warnakan ikut warna yang kita suka.

4. Oles Loyang dengan marjerin atau gunakan baking paper. Masukkan adunan berslang seli sehingga habis.

5.Bakar dalam oven selama ½ jam atau sehingga kek masak.

Resipi oleh: CT Liz

5. AGAR-AGAR ROTI

Bahan-bahan: 

  • 4 keping roti
  • 1 cawan susu cair
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • ¼ cawan susu pekat manis
  • ½ cawan air
  • 2 biji telur

Larutan agar-agar:

  • 1 paket agar-agar serbuk
  • 2 sudu marjerin
  • ½ cawan gula kastor
  • 3 cawan air

Cara-cara penyediaan:

1. Blend roti, susu cair, air, susu pekat, telur dan esen vanilla. Blend sehingga hancur.

2. Panaskan periuk, masukkan air. Bila dah panas masukkan agar² dan kacau.

3. Kemudian masukkan gula, kacau sehingga larut.

4. Masukkan bahan blend tadi dan akhir sekali masukkan Planta. Kacau hingga pekat dan likat.

5. Bahagikan kepada beberapa mangkuk ikut warna yang kita suka.

6. Warna kan dan susun atur dalam acuan atau loyang. Renjis dulu loyang dengan air, baru lah masukkan adunan.

7. Simpan dalam peti sejuk semalaman untuk rasa yang lebih sedap.

8. Sedia dihidang dan boleh dibuat untuk berbuka puasa.

Resipi oleh: Cik Zaara Akmal

Wah! Menarik betul aneka resipi roti buku yang ada dalam senarai di atas kan. Memang jadi tak sabar nak buat dan rasa sendiri. Selamat mencuba.

Baca juga: Roti Loyang Cheese Gula, Lembut Gebu Dan Wangi Kejadiannya

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN