resepi rendang ayam johor

Setiap negeri di Malaysia mempunyai masakan rendang menarik dengan cara tersendiri dan salah satunya ialah resepi Rendang Ayam Johor yang cukup klasik.

Terasa tak lengkap tanpa rendang di meja makan kerana ia merupakan hidangan tradisional yang sempurna untuk dinikmati bersama keluarga tersayang pada Hari Raya.

Nak tahu cara masak rendang stail orang Johor, boleh ikut resepi Rendang Ayam Johor yang dikongsikan oleh Fauzi Karim di Facebook ini. Jom kita cuba!

Baca juga: Resepi Rendang Sotong, Lauk Untuk Raya Ini Buat Tetamu Tak Ingat Nak Balik

RESEPI RENDANG AYAM JOHOR

resepi rendang ayam johor

Kredit gambar: YouTube Idea Lapar

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ayam besar (potong ikut suka)
  • 2 cawan santan cair
  • 1 cawan santan pekat
  • 2/3 cawan kerisik
  • ½ cawan rempah kari daging
  • 3 helai daun kunyit (koyak-koyakkan)
  • 2 helai daun limau purut (jika suka, koyak-koyakkan)
  • 1 sudu makan pati ayam
  • ½ sudu makan gula
  • 4 keping asam keping
  • Garam secukup rasa

Bahan-bahan tumisan:

  • 1 batang kulit kayu manis
  • 3 biji bunga lawang
  • 3 biji buah pelaga
  • 2 batang serai (titik)
  • Sedikit minyak

Bahan-bahan kisar:

  • 10 batang lada kering (rendam)
  • 1 labu bawang besar
  • 4 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1½ inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 1½ inci kunyit hidup
  • 4 batang serai

Cara-cara memasak:

1. Mula-mula, panaskan minyak dan tumiskan bahan tumisan sebentar.

2. Masukkan bahan kisar dengan rempah kari sekali, kemudian masak sampai rempah itu pecah minyak.

3. Masukkan ayam, separuh daun kunyit dan santan cair, kemudian kacau.

4. Apabila ayam nampak masak dan kuah semakin kering, masukkan pula santan pekat, pati ayam, gula, asam keping, garam dan kerisik, kemudian kacau sebati lagi dan perlahankan api.

5. Akhir sekali, masukkan daun limau purut dan baki daun kunyit tadi, kemudian kacau sampai rata dan biarkan kering sedikit. Siap untuk dihidang!

resepi rendang ayam johor

Setelah cuba resepi Rendang Ayam Johor ini, anda akan terkejut dengan hasilnya yang kaya dengan rempah dan berlemak serta selera keluarga pasti terpikat pada Hari Raya nanti.

Selamat mencuba!

Kredit gambar muka depan: YouTube Idea Lapar, Facebook Fauzi Karim

Sumber: Fauzi Karim

Baca juga: Resepi Rendang Tok Perak Asli, Sedap Sampai Mak Mentua Puji Melambung!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN