ikan kembung goreng berlada

Setiap kali waktu tengah hari, mesti mak-mak dah mula ke dapur untuk menyiapkan juadah buat seisi keluarga. Hidangan lauk paling sedap semestinya Ikan Kembung Goreng Berlada.

Ikan kembung adalah antara ikan yang paling mudah dimasak dengan pelbagai cara. Salah satu resipi ikan kembung paling cepat dibuat ialah Ikan Kembung Goreng Berlada.

Kita biasanya akan jumpa lauk yang sedap ini di kedai makan yang menghidangkan nasi campur. Bila dah nampak, mesti ambil punyalah.

Mak-mak kalau nakkan lauk yang cepat dan mudah dibuat, bolehlah ikut resipi yang dikongsikan oleh Aida Fasyee di Facebook ini.

Baca juga: Resipi Percik Ikan Kembung ‘Terlajak’ Sedap! Anak-Anak Pun Makan Berselera

RESIPI IKAN KEMBUNG GORENG BERLADA

ikan kembung goreng berlada

Bahan-bahan :

  • 5 hingga 6 ekor ikan kembung (digoreng dulu)
  • 1 senduk besar cili kisar
  • 10 biji cili padi hijau (kisar)
  • 3 biji cili merah hidup (kisar)
  • 2 labu bawang merah besar (kisar)
  • 4 ulas bawang putih (kisar)
  • 1 hingga 2 batang serai diketuk
  • Asam keping
  • Gula dan garam secukup rasa
  • ½ cawan air

Cara-cara:

1. Mula-mula tumis bawang sampai kekuningan dan naik bau.

2. Kemudian masukkan bahan kisar; cili padi, cili merah dan cili kisar. Tumis sampai sambal pecah minyak.

3. Masukkan serai dan asam keping. Tumis lagi sampai mesra.

4. Masukkan garam dan gula secukup rasa, tambah air jika perlu saja, itu pun kalau sambal terlalu pekat.

5. Masukkan bawang hiris dan ikan goreng. Siap!

Boleh dikatakan tak banyak sangat jalan kerja untuk menyiapkan lauk ini. Ia sememangnya hidangan paling ringkas tapi sedap dimakan.

Senang cerita, takkan ada orang yang jemu makan nasi berlaukkan Ikan Kembung Goreng Berlada yang sedap ini. Silap-silap sampai bertambah nasi nanti.

Lebih-lebih lagi jika keluarga anda memang sukakan pedas. Nampak hidangan ini, pasti selera mereka terangkat dibuatnya.

Selamat mencuba!

Sumber: Aida Fasyee

Baca juga: Resipi Kari Ikan Kembung Mamak Style, Ikut Sukatan Ni Pasti Menjadi

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN