sambal padang

Antara teknik supaya tak perlu masak banyak lauk, lagi-lagi kalau ada anak kecil yang kurang makan pedas adalah dengan mempersiapkan simpanan sambal segera seperti sambal padang ini.

Bila nak makan, tinggal panaskan sahaja. Kalau buat lauk ayam goreng kunyit untuk anak, sejuk saja sambal dan letak atas ayam kalau nak pedas.

Nak cuba? Ikut saja resipi hasil perkongsian oleh Khabbab Jamalludin di bawah. Selamat mencuba!

RESIPI SAMBAL PADANG

Bahan kisar:

  • Bawang besar sikit
  • Bawang putih sikit
  • Cili merah
  • Cili hijau (lebih murah)
  • Cili api

Bahan lain:

  • Asam keping
  • Gula
  • Garam
  • Daun limau purut
  • Sedikit ajinamoto

Cara-cara:

1. Masukkan semua bahan-bahan kisar dalam pengisar. Kuantiti agak-agak sahaja. Tambahkan sedikit air dan kisar kasar.

sambal padang

2. Kemudian tumis dalam minyak yang betul-betul panas. Guna minyak banyak dalam separuh lebih dari jumlah bahan kisar.

3. Bila dah bertukar warna sikit, perlahan api. Tutup menggunakan tudung periuk dan kacau sekali sekala.

4. Bila hampir kesemua permukaan dah tertutup sikit-sikit dengan minyak, boleh masukkan asam keping, gula, garam, daun limau purut dan sedikit ajinamoto. Tutup sekejap dalam 5 minit, kemudian boleh tutup api.

5. Sejukkan sambal, kemudian simpan dalam bekas kaca. Sedikit berminyak kerana minyak itu yang buat sambal tahan lama. Simpan dalam peti sejuk (bukan beku).

Bila nak makan, senduk dalam mangkuk dan panaskan dalam microwave selama 1 minit.

sambal padang

6. Buat ayam goreng kunyit, tambah sambal ini terus jadi luar biasa.

7. Terung goreng dalam sedikit minyak, tambah sedikit sambal atasnya.

Kredit: Khabbab Jamaluddin

Baca juga: Resipi Sambal Ayam Penyet ‘Berhantu’, Sekali Cuba Pasti Teringat-Ingat!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN