asam pedas asli melaka

Kalau ke Melaka, memang tak sah kalau tidak singgah sebentar rasa asam pedas asli Melaka. Aroma dan juga gabungan rasa masam, manis, pedas memang buat kecur air liur!

Tapi, macam mana nak buat rasa yang seakan sama dengan asam pedas di sana? Jom kita tengok resipi dan petua oleh Cik Puan Dania Yusdi.

Baca juga: Daging Bakar Danok, Macam Ini Barulah Suami Sayang!

RESIPI ASAM PEDAS ASLI MELAKA

Bahan-bahan:

  • 4 ketul ikan pari / parang / tenggiri (dibasuh bersih)
  • 3 biji bawang merah
  • 1 biji bawang putih
  • 2 cm halia
  • 1 mangkuk cili kering kisar (boleh letak lebih jika suka pedas)
  • 3 cm belacan (Liza guna 1 cm je)
  • 2 cm kunyit hidup
  • 1 sudu besar lada hitam

(Bawang merah, bawang putih, halia, cili, belacan, kunyit, dan lada hitam dikisar bersama)

  • 3 batang serai (dititik)
  • 1 sudu teh halba
  • Daun kesum dan bunga kantan
  • Bendi atau terung
  • Air asam jawa secukupnya
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak untuk menumis

Cara Memasak:

1. Panaskan minyak dan tumis halba hingga kekuningan.

2. Masukkan bahan-bahan yang telah dikisar bersama serai dan tumis hingga garing dan pecah minyak. (Jika ikut cara mak mertua Liza, dia masak sampai sambal merecik di dapur untuk memastikan ia masak dan garing.)

3. Setelah garing, masukkan gula. Jangan terlalu banyak, sekadar 1 sudu teh sahaja. Tambahkan daun kesum dan bunga kantan.

4. Masukkan ikan, kacau sedikit, dan kemudian masukkan air asam jawa. Banyaknya air asam jawa bergantung kepada kepekatan kuah yang diinginkan. Jangan terlalu cair atau terlalu masam.

5. Tambahkan bendi atau terung.

6. Perasakan dengan garam dan biarkan ia mendidih.

7. Tutup api dan hidangan sedia untuk dihidangkan.

Petua:

  •  Menambahkan belacan dalam asam pedas Melaka memberikan rasa yang lebih ‘kick’. Namun, jika anda alah atau sensitif dengan belacan, boleh abaikan.
  •  Untuk rasa yang lebih sedap, masaklah asam pedas 3-4 jam sebelum waktu makan. Ini memberi masa kepada rasa untuk sebati.
  •  Kuah yang pekat akan menghasilkan rasa yang lebih enak.
  •  Menggunakan ikan yang segar akan menambah kesedapan hidangan ini.

Sumber: Dania Yusdi

Baca juga: Resipi Parpu Telur Kesukaan Orang Utara, Kuah Kena Pekat Likat Baru Sedap!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN