ketahui warna tag

Rupanya-rupanya, perbezaan warna tag pada roti membawa maksud untuk pengguna yang membelinya. Mari kenali warna tag pada bungkusan roti. 

Mesti ada yang pernah perasan, kalau membeli roti, ada perbezaan warna tag pada bungkusannya.  Pernah tak terfikir kenapa warna tag tersebut mempunyai warna yang berbeza?

Selain dari tarikh luput dan harga, warna pada tag juga membawa maksud tersirat yang lain. Contohnya jenama roti Gardenia. Gardenia mempunyai 7 label warna tag yang mempunyai maksud yang berbeza daripada jenama roti yang lain.

Baca juga: Perbezaan FUNGSI Bawang Dalam Masakan, Tak Keliru Nak Pakai Nanti!

Bukan itu sahaja, setiap warna G-lock itu bermaksud ‘Hari’ roti tersebut dihasilkan. Contohnya, setiap Isnin, warna tagnya adalah putih, atau Selasa, warna tagnya adalah merah. 

Menerusi perkongsian Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), ia juga untuk memudahkan pengguna untuk pastikan kita mengetahui sama ada roti yang bakal dibeli itu masih baru ataupun hampir luput.

Mari ketahui warna tag pada bungkusan roti Gardenia yang dikongsikan oleh PPIM ini.

KENALI WARNA TAG ROTI GARDENIA

kenali warna tag

Warna tag roti Gardenia:

  • Isnin – warna tan
  • Selasa – warna oren
  • Rabu – warna kuning
  • Khamis – warna biru
  • Jumaat – warna hijau
  • Sabtu – warna merah
  • Ahad – warna putih

Semua warna tersebut dipanggil sebagai ‘The Colour of Freshness’. Jadi, selepas ini anda bolehlah lihat dahulu warna pada tag. Secara tak langsung, ia juga membantu anda untuk membeli roti yang lebih segar dan baru. 

Semoga bermanfaat!

Baca juga: Tak Boleh Simpan 6 Makanan Ini Dalam Peti Sejuk, Tapi Ramai Selalu Buat!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN