udang masak thai

Tiada idea nak masak apa menggunakan udang? Jom cuba resipi udang masak thai ini.

Bosan juga asyik masak udang masak kunyit ataupun udang masak lemak cili api.

Sekali sekala cuba masak masakan ala thai sedap juga kan. Cara masak pun sangat mudah.

Ikut saja resipi hasil perkongsian oleh Puan Ameera di bawah. Semoga bermanfaat!

CARA BUAT UDANG MASAK THAI

Cara-cara:

1. Bedakkan udang kita dengan garam dan serbuk kunyit. Panaskan minyak Kemudian goreng sekejap sahaja.

2. Bahan utama. Cili tu kalau nak pedas lagi boleh letak lebih. Ni sukatan ibu masak anak anak boleh makan sekali. Bawang merah kecil lagi padu rasanya bila masak macam ni. Cubalah.

3. Kisar sehingga hancur.

4. Pakai minyak udang tadi je. Kalau banyak sangat boleh buangkan sedikit minyak tu. Serai 2 batang, titikkan dan masukkan.

5. Masukkan bahan kisar tadi. Tumis sehingga naik bau.

6. Masukkan 2 sudu makan sos cili, 2 sudu makan sos tiram dan 1 sudu makan sos ikan.

7. Kemudian tuangkan sedikit air, 6 helai daun limau purut dan 1 sudu makan gula.

8. Perasakan dengan mushroom seasoning sesikit (atau ganti dengan secukup rasa).

9. Bila semua bahan dah dikacau sebati, masukkan udang. Gaul lagi sehingga semua bahan mesra.

10. Akhir sekali, taburkan daun ketumbar dan gaul rata,

udang masak thai

11. Siap untuk dihidangkan. Selamat mencuba!

udang masak thai

Kredit: Ameera

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN