Categories: Resepi

Wanpaku Tuna Sandwich Ala Jepun, Sesuai Untuk Buat Menu Bekal

Wanpaku tuna sandwich atau lebih dikenali sebagai Sando ini menjadi sangat popular pada tahun 2016 di Jepun. Tiada siapa yang tahu kenapa ia dipanggil Wanpaku Sando.

Tetapi bila kita tengok sandwich tu mesti boleh agak yang ia menggambarkan seseorang yang sangat bertenaga dan ceria dari warna-warna sayuran yang ada.

Bukan itu sahaja, geram je kan tengok padat-padat isi dalam sandwich ini. Jom kita buat sendiri di rumah. Apa yang lebih menarik tentang resepi ini ialah ia menggunakan bahan yang murah tetapi sihat.

Untuk satu saiz hidangan sandwich ini, pasti akan rasa kenyang untuk jangka masa yang panjang. Memang sesuai untuk anda yang sedang berdiet!

Baca juga: Resipi Sandwich Premium Macam Hotel, Barulah Puas Suami & Anak Nak Makan

Hidangan sandwich ini memang unik kerana mempunyai inti protein dan sayur yang disusun secara berselang-seli. Ini untuk memastikan mendapat tekstur yang menarik!

Jom cuba buat menggunakan resipi yang dikongsikan oleh Cik Puan Nurasykin Ali ini sehingga mendapat 625 perkongsian di Facebook. 


RESIPI WANPAKU TUNA SANDWICH ALA JEPUN

Bahan-bahan:

  • Kewpie Mayonnaise
  • Kewpie Dressing Roasted Sesame
  • Tuna
  • Cheese
  • Roti
  • Ceri tomato
  • Telur puyuh
  • Salad
  • Lobak

*Bahan ni boleh je ubah ikut selesa tekak masing-masing.

Cara penyediaan:

1. Sapukan roti dengan butter/marjerin.

2. Bancuh tuna dengan kewpie dressing ni. Agak-agak je.

3. Letak sekeping cheese atas roti. Kemudian salad.

4. Lepas tu tuna. Ikut banyak mana nak letak.

5. Boleh susunkan telur puyuh, tomato dan lobak pula. Tutup dengan sekeping roti.

6. Sapukan atas roti tadi dengan butter/marjerin. Kemudian layerkan satu lagi kepingan cheese.

7. Ulang semula dengan susun di atasnya dengan salad, mayonis dan lobak.

8. Tutup dengan roti yang terakhir. Bahagikan sandwich kepada dua menggunakan pisau roti.|

9. Wanpaku Tuna Sandwich sedia untuk dinikmati!


Selamat mencuba resipi ini.

Info Menarik Mengenai Sandwich Ini

Pencetus kepada Wanpaku sandwich ialah Yuki Onuma, isteri kepada Michiyuki Onuma seorang pembuat barangan dari tanah liat yang membekalkan sandwich tebal untuk suaminya setiap hari.

Sandwich itu yang dinamakan Numasan (Numa adalah dari nama mereka dan San adalah sandwich). Yuki selalu berkongsi gambar Numasannya di Instagram setahun sebelum Wanpaku Sando menjadi popular. Beliau telah membuat sandwich itu selama lebih 10 tahun selepas berkahwin dengan suaminya.

Resipi asal sandwich ini dipenuhi dengan hirisan kubis yang banyak kerana mereka menyukai sayuran bekalan sayuran sentiasa ada sepanjang tahun. Dan selepas ia popular, Wanpaku sandwich telah berevolusi dengan penambahan pelbagai jenis sayuran, protein dan sos mengikut selera masing-masing.

Baca juga: Sandwich Cheesy Beef Slice Air Fryer, Hanya Guna 4 Bahan Je, Jimat Masa!

Farhana Syahirah

Halal foodie. Gemar mencari content tentang makanan sambil travel!

Recent Posts

Rahsia Simpan Tauge Agar Kekal Rangup & Tak Cepat Hitam, Tak Sangka Cuma Perlu 1 Bahan Ini Je!

Cara simpan tauge sebenarnya tidaklah susah. Sayur ini memang antara bahan masakan yang mudah layu,…

5 hours ago

Cara Masak Udang Buttermilk, Kuah Creamy Berlemak Tapi Tak Muak Ini Pasti Disukai Ramai!

Cara buat udang buttermilk sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan menggunakan beberapa bahan asas seperti…

6 hours ago

Resipi Tomyam Viral Fizo Omar, Masam Pedas Berlemak Memang Sedap Hirup Dengan Nasi!

Resepi tomyam Fizo Omar ini tampil dengan sedikit kelainan menerusi sentuhan sendiri yang menjadikan rasanya…

7 hours ago

Lelaki Kongsi Ramuan Turun Kencing Manis & Darah Tinggi Dengan Cepat, Ramai Komen Menjadi!

Cara turunkan kencing manis sering menjadi persoalan, terutama bagi mereka yang ingin mengawal paras gula…

7 hours ago

Petua Lembutkan Daging Itik Yang Liat, Ini Rahsia Supaya Isinya Empuk Dan Sedap!

Daging itik mempunyai tekstur yang sedikit berbeza berbanding ayam dan mengambil masa lebih lama untuk…

8 hours ago

Resipi Pajeri Kedondong, Kuah Pekat Berlemak Dengan Rasa Masam Buah Yang Menyelerakan

Pajeri kedondong merupakan antara hidangan yang boleh dicuba jika ingin menikmati lauk berasaskan buah dengan…

8 hours ago