Netizen Puji KA Faham Pekerja, Ini Tarikh & Waktu Operasi Rembayung Sempena Raya 2026

Waktu operasi Rembayung sempena Hari Raya Aidilfitri telah diumumkan oleh Khairul Aming melalui Facebook. Restoran popular ini akan ditutup sementara bagi memberi peluang kepada staf pulang beraya ke kampung halaman masing-masing. Netizen ramai yang memuji langkah ini.

Bagi tahun ini, Rembayung beroperasi terakhir pada 18 Mac, ditutup dari 19 hingga 24 Mac, dan dibuka semula pada 25 Mac. Walaupun restoran ditutup, tempahan melalui UMAI masih dibuka setiap malam jam 9 untuk tarikh dua minggu ke depan dan 2 hari ke depan, memastikan pelanggan tetap boleh merancang kunjungan mereka selepas cuti.

Baca juga: Lelaki Ini Bagi Rating 8/10 Dalam Review Jujur Restoran Rembayung, Ini Menu Yang Wajib Anda Order!

WAKTU OPERASI REMBAYUNG SEMPENA RAYA 2026

18 Mac – Hari terakhir restoran beroperasi sebelum cuti
19 – 24 Mac – Restoran ditutup sepenuhnya
25 Mac – Restoran kembali beroperasi seperti biasa

Penutupan selama 6 hari ini memberi ruang kepada semua staf menikmati cuti raya bersama keluarga, sementara sistem tempahan membolehkan pengunjung menempah lebih awal.

Cara Tempahan Di Rembayung

  • Tempahan dibuka setiap malam jam 9 melalui UMAI
  • Dua jenis tempahan tersedia:
    – Tarikh 2 minggu ke depan (long-term booking)
    – Tarikh 2 hari ke depan (short-term booking)

Tip: Slot tempahan cepat habis, jadi pastikan sediakan notifikasi untuk membuat tempahan tepat jam 9 malam.

Netizen Puji Waktu Operasi Rembayung Sempena Raya 2026

Selain memberi peluang staf beraya, ramai netizen memuji cara Rembayung urus tempahan dengan telus dan adil.

“F&B jarang nak tutup kedai time raya.”

“Staff ramai nak balik Kelantan, mau KA sewakan bas.”

“Bestnya tutup 6 hari.”

Bagi peminat Rembayung, catatkan tarikh 18 Mac untuk kunjungan terakhir sebelum cuti, dan bersiap sedia membuat tempahan melalui UMAI setiap malam jam 9 bagi tarikh selepas 25 Mac. Dengan sistem tempahan yang efisien dan waktu operasi Rembayung yang jelas, pengalaman makan di restoran ini tetap lancar walaupun musim cuti tiba.

Semoga bermanfaat!

Kredit gambar muka depan: Instagram ssy_syara, Facebook Malaysia Food & Travel

Sumber: khairulaming

Baca juga: Lepas Makan Jangan Terkejut Tengok Bil, Ini Senarai Menu & Harga Di Rembayung Untuk Anda ‘Standby’ Duit

Aimi

Recent Posts

Kilang Lee Biscuits Di Pontian Henti Operasi Selepas 92 Tahun, Jenama Legenda Sejak 1934

Kilang Lee Biscuits yang sinonim dengan biskut nostalgia bakal menghentikan operasi pengeluaran di Pontian, Johor,…

2 days ago

Resipi Nasi Goreng Udang Selambak, Lagi Padu Bila Makan Dengan Dua Penambah Rasa INI!

Nasi goreng udang selambak sesuai dijadikan pilihan untuk sarapan, makan tengah hari atau makan malam.…

2 days ago

Resipi Koktail Buah Creamy, Meriah Dengan Buah Warna-Warni… Sekali Cedok Tak Cukup!

Resipi fruit cocktail antara pencuci mulut yang sesuai dihidangkan ketika cuaca panas. Gabungan buah-buahan segar…

2 days ago

Resipi Sambal Ikan Tongkol Yang Menggoda Selera, Tambah Daun Kesum Terus Naik Aroma!

Ikan tongkol masak sambal antara hidangan yang cukup digemari ramai kerana gabungan rasa pedas, manis…

2 days ago

Resipi Dumpling Ayam Kukus, Inti Lembut Berjus Cicah Pula Sos Thai Memang Mantap!

Resipi dumpling ayam kukus ini sesuai untuk sesiapa yang teringin menikmati dumpling homemade dengan inti…

3 days ago

Resipi Mini Burnt Cheesecake 7 Bahan Jadi Keperangan Elok Ala Bakeri, Saiz Kecil Tapi Padu Berkrim!

Resepi mini burnt cheesecake ini sesuai dijadikan pencuci mulut untuk keluarga atau tetamu. Saiznya yang…

3 days ago