Categories: Resipi

5 Resipi Kuih Raya Guna Cornflakes, Semuanya Mudah Dibuat & Bakal Jadi Rebutan!

Kalau nak buat kuih raya yang mudah, sedap dan rangup, jom cuba 5 resepi biskut guna cornflakes. Semua biskut ini cepat disediakan dan teksturnya rangup.

Dalam koleksi ini, ada Cornflakes Crunchy klasik, Cranberries Cornflakes, hingga White Chocolate Cornflakes. Semuanya  mudah diikuti dan sedap dimakan.

Sesuai untuk buat stok awal sebelum raya atau dijadikan kuih ringan untuk keluarga dan tetamu. semua resipi ni mudah diikuti walaupun untuk pemula.

Baca juga: Tak Perlu Oven! Ini 7 Resipi Biskut Raya Tanpa Bakar Paling Senang & Sedap

5 RESEPI BISKUT GUNA CORNFLAKES

1. Resipi Cornflakes Crunchy

Bahan-bahan:

  • 1 3/4 cawan tepung gandum
  • 1/4 cawan tepung jagung
  • 1/2 sudu teh baking powder
  • 2 cawan cornflakes (diramas kasar)
  • 200g butter (pastikan suhu bilik/lembut)
  • 3/4 cawan gula kastor
  • 1 biji kuning telur

Cara-cara penyediaan:

  1. Masukkan butter dan gula kastor ke dalam bekas. Pukul selama lebih kurang 5 minit sehingga sebati. Anda boleh guna whisk atau senduk kayu sahaja.
  2. Masukkan kuning telur ke dalam adunan mentega tadi dan kacau lagi sehingga rata.
  3. Masukkan campuran tepung gandum, tepung jagung dan baking powder. Akhir sekali, masukkan cornflakes yang telah diramas kasar dan gaul sehingga adunan menjadi sebatian yang sempurna.
  4. Panaskan oven terlebih dahulu pada suhu 170°C selama 10 minit. Sementara itu, sapu nipis permukaan loyang dengan sedikit butter agar biskut tidak melekat.
  5. Cubit sedikit adunan dan bentukkan mengikut kreativiti anda (biasanya bulat-bulat kecil). Susun secara teratur di atas loyang.
  6. Bakar biskut selama 15 hingga 20 minit. Pastikan anda memantau suhu kerana setiap oven mempunyai tahap kepanasan yang berbeza-beza.
  7. Setelah masak, biarkan biskut sejuk sepenuhnya di atas redai sebelum disimpan di dalam balang kedap udara untuk kekal rangup.

Sumber: Norfaezawati Wahid

2. Resipi Cranberries Cornflakes Crunchy Cookies

Bahan-bahan:

  • 1 3/4 cawan tepung gandum (1 cawan + 3/4 cawan)
  • 1/4 cawan tepung jagung
  • 1/2 sudu teh baking powder
  • 2 cawan cornflakes (diramas kasar)
  • 200 gram pure butter
  • 3/4 cawan gula kastor
  • 1 biji kuning telur
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 100 gram cranberry kering (dipotong kasar)

Cara-cara penyediaan:

  1. Putar butter dan gula kastor sehingga sebati. Boleh menggunakan senduk atau whisk.
  2. Masukkan kuning telur dan esen vanila, kemudian kacau lagi sehingga sebati.
  3. Masukkan tepung gandum, tepung jagung, baking powder, cornflakes yang telah diramas kasar dan cranberry. Gaul sehingga semua bahan bercampur rata.
  4. Sapu sedikit butter pada permukaan loyang. Sudukan adunan ke atas loyang dan tekan sedikit menggunakan garfu sebagai hiasan.
  5. Panaskan oven selama 5 minit pada suhu 160°C. Bakar biskut selama 15 hingga 20 minit menggunakan api atas dan bawah sehingga masak dan rangup.

Sumber: Rozmaliza Omar

3. Resipi Cornflakes Madu Gula Melaka

Bahan-bahan:

  • 150 gram salted butter (digalakkan guna pure butter untuk rasa lebih sedap)
  • 100 gram gula melaka
  • 40 gram madu (pilih madu yang rasanya tidak terlalu kuat supaya tidak menenggelamkan rasa gula melaka)
  • 250 gram Nestlé Gold Cornflakes
  • 1/2 cawan dried cranberries, dicincang (boleh tambah jika suka)

Cara-cara penyediaan:

  1. Dalam kuali, panaskan butter, gula melaka dan madu menggunakan api sederhana sehingga cair dan menjadi karamel.
  2. Tutup api, kemudian masukkan Nestlé Gold Cornflakes. Gaul sehingga semua cornflakes disalut rata dengan karamel.
  3. Masukkan cranberries yang telah dicincang dan kacau sehingga sebati.
  4. Sudukan adunan cornflakes ke dalam cawan kertas. Boleh juga diratakan dalam loyang pembakar, tetapi pastikan lapisan tidak terlalu tebal supaya bahagian bawah mudah garing.
  5. Bakar dalam oven pada suhu 160°C selama kira-kira 10 minit sehingga rangup dan garing. Jika menggunakan loyang besar, masa membakar mungkin perlu ditambah sedikit bergantung pada oven masing-masing.
  6. Boleh juga menggunakan air fryer pada suhu 160°C selama 5 hingga 6 minit sehingga cukup rangup.
  7. Keluarkan dari oven atau air fryer dan biarkan sejuk terlebih dahulu sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.

Sumber: Danish Harraz

4. Resipi Meringue Cornflakes (Resepi Biskut Guna Cornflakes)

Bahan-bahan:

  • 3 biji putih telur
  • 130 gram gula aising
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 220 gram Nestlé Gold Cornflakes
  • Coklat cip secukupnya

Cara-cara penyediaan:

  1. Putarkan putih telur bersama gula aising dan esen vanila sehingga sebati.
  2. Masukkan cornflakes dan coklat cip ke dalam adunan, kemudian gaul perlahan sehingga rata.
  3. Panaskan oven terlebih dahulu.
  4. Sudukan adunan ke atas loyang yang dialas dengan kertas pembakar.
  5. Bakar pada suhu 150°C selama 30 hingga 35 minit sehingga biskut kering dan rangup.

Sumber: TikTook @yellowbeanie

5. Resipi Biskut Cornflakes White Chocolate

Bahan-bahan:

  • 1 bar atau coin white chocolate
  • 1 sudu besar butter
  • Cornflakes secukupnya (gunakan cornflakes biasa, bukan honey kerana rasanya akan terlalu manis)

Cara-cara penyediaan:

  1. Cairkan white chocolate bersama butter menggunakan kaedah double boil atau microwave sehingga cair dan sebati.
  2. Masukkan cornflakes yang telah diramas atau ditumbuk kasar ke dalam campuran coklat tadi. Gaul sehingga semua cornflakes bersalut rata.
  3. Ratakan adunan secara nipis di dalam loyang.
  4. Biarkan sehingga coklat mengeras sebelum dipotong. Boleh biarkan pada suhu bilik sehingga keras.
  5. Setelah keras, potong mengikut saiz yang diinginkan dan sedia untuk dihidangkan.

Sumber: Zeeda Hasain

Baca juga: Resipi Biskut Coklat Chip Mudah, Hanya Guna Sebuku Butter Dapat 200 Biji!

Wan N

Recent Posts

‘Pentas Little Star’ Cari Si Kecil Berbakat, Ini Masanya Untuk Rebut Hadiah Wang Tunai Sehingga RM1,500!

Bagi ibu bapa yang mempunyai anak berbakat dalam nyanyian, tarian, lakonan atau penceritaan, inilah masanya…

3 mins ago

Petua Jika Lidah Melecur Akibat Air & Makanan Panas, Ini Cara Cepat Legakan Pedih!

Petua jika lidah melecur akibat air panas sering dicari apabila terkena minuman atau makanan yang…

23 mins ago

Resipi Telur Mata Bawang Cili Kicap, Ditabur Pula Dengan Ikan Bilis Rangup Yang Menyelerakan!

Resipi telur mata bawang cili kicap antara menu paling mudah disediakan bila buntu nak masak.…

1 hour ago

Resepi Apam Susu Kukus Viral, Tekstur Gebu Macam Kapas & Mudah Sangat Nak Buat!

Mencari resepi apam susu kukus yang mudah, gebu dan sedap? Resipi ini hanya menggunakan bahan…

2 hours ago

Kuah Kacang Pekat Ini Rupanya Guna Resipi Air Tangan Nenek, Sekali Rasa Memang Terus Jatuh Hati

Kuah kacang pekat yang sedap bukan sahaja bergantung pada bahan yang digunakan, malah teknik memasaknya…

3 hours ago

Cara Masak Ayam Bakar Ala Sukiya, Rahsia Perapan Ringkas Tapi Rasa Macam Makan Di Restoran

Cara masak ayam bakar yang sedap sebenarnya tidak memerlukan bahan yang terlalu banyak. Dengan perapan…

4 hours ago