menu rembayung

Selepas tular pembukaan rasminya semalam, ramai mula tertanya-tanya mengenai menu Rembayung dan kos untuk menjamu selera di sana.

Adakah senarai harga di restoran milik Khairul Aming ini mesra poket atau setanding dengan restoran premium yang lain?

Bagi yang sedang merancang untuk berkunjung ke sana, maklumat harga adalah perkara paling penting supaya anda boleh boleh menilai sendiri harganya mengikut bajet masing-masing.

Baca juga: Rembayung Khairul Aming Raih Pujian Pengunjung Di Hari Pertama, Ada Menu Dapat Rating 10/10!

SENARA HARGA MENU REMBAYUNG

Berdasarkan perkongsian pengunjung terawal yang hadir pada hari pertama pembukaan, berikut adalah senarai harga menu di restoran Rembayung yang merangkumi lauk-pauk, pemanis mulut dan minuman:

Lauk Pauk (Ikan & Siput)

menu rembayung

Sumber gambar: _z4na14

  • Ikan Siakap Sambal Berlada: RM68.90
  • Gulai Utara Ikan Jenahak: RM39.90
  • Ikan Tenggiri Masak Kicap: RM39.90
  • Siput Sedut Masak Lemak Cili Api: RM35.90
  • Gulai Utara Ikan Temenung: RM29.90
  • Set Ikan Rebus & Budu Picit: RM22.90
  • Ikan Pekasam Goreng: RM19.90
  • Ikan Keli Sambal Berlada: RM15.90
  • Ikan Masin Rangup: RM5.90

Lauk Pauk (Udang & Sotong)

  • Sotong Sambal Tumis Petai: RM43.90
  • Udang Sambal Tumis Petai: RM39.90
  • Lauk Pauk (Ayam & Daging)
  • Daging Salai Masak Lemak Cili Api: RM39.90
  • Ayam Masak Kicap: RM29.90
  • Ayam Salai Masak Lemak Cili Api: RM29.90
  • Kerabu Daging Salai: RM22.90
  • Ayam Kampung Sambal Berlada: RM17.90
  • Ayam Kampung Sambal Hijau Petai: RM17.90
  • Set Sup Ayam Si Kecil (Kids): RM15.90

Sayur, Telur, Ulam, Nasi

  • Sayur Masak Lemak Putih: RM18.90
  • Terung Masak Sambal Hijau Petai: RM17.90
  • Tempoyak Daun Kayu: RM17.90
  • Telur Mata Masak Kicap: RM15.90
  • Ulam & Sambal Belacan: RM12.90
  • Telur Dadar: RM9.90
  • Otak-otak: RM6.90
  • Sambal Tempoyak: RM4.90
  • Nasi Putih: RM3.90

Pemanis Mulut & Kudapan

Sumber gambar: azrialey

  • Pengat Nangka bersama Pulut: RM22.90
  • Buah Campur Asam Boi: RM22.90
  • Cucur Udang: RM16.90
  • Tapai Pulut Aiskrim: RM15.90
  • Cekodok Pisang: RM15.90
  • Kuih-muih (seketul): RM1.80

Air & Minuman

Sumber gambar: azrialey

  • Senandung Senja / Kaseh Kasturi: RM15.90
  • Kopi Santan: RM14.90
  • Jus Buah / Jus Tembikai: RM14.90
  • Kopi Ais: RM8.90
  • Sirap Bandung Cincau Ais: RM7.90
  • Teh O Limau Ais: RM6.90
  • Teh Tarik Kampung Panas: RM6.90
  • Limau Ais: RM5.90
  • Sirap Selasih Ais: RM4.90
  • Teh O Panas: RM4.90
  • Air Kosong Ais: RM0.50
  • Air Suam: RM0.30

Nota: Harga tidak termasuk Service Charge 10%.

Sumber: Facebook

Baca juga: Khairul Aming Buka Restoran Pertama ‘Rembayung’, Pelaburan RM4 Juta Di Tengah KL

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN