wagyu skewer

Dalam beberapa hari ini, telah viral post berkenaan satu kedai menjual Wagyu Skewer di laman sosial. Semua review sedap, cair di mulut bila gigit katanya.

Untuk korang nak elak sesak, boleh pergi waktu weekday. Baru tak kena beratur panjang. Nak tahu selanjutnya? Jom baca perkongsian oleh Mumbling Cici di bawah.

Wagyu Skewer Don Don Donki

Hari tu nampak orang post pasal Wagyu Skewer di Twitter. Semua cakap sedap, melt in mouth gitu. Apa lagi, haruslah mencuba.

Lot 10 ni ada 2 entrance. Korang kena ke entrance Don Don Donki. Masa kami sampai tu ada la beberapa orang. Korang kena bayar dulu dan akan dapat nombor giliran. I dapat nombor 31. Nak bawa balik untuk Mak dan Ocin. 

wagyu skewer

Masa ni katanya size SMALL dah habis. Yang ada LARGE saja.

Harga Size Large

1 pcs- RM15.80

2 pcs- RM29.80

Gitulah, jimatlah sikit. Boleh buat bayar parking wakakaa. I ambil 4 pcs, jadi total RM59.60. 

Selain dari Wagyu Skewer, ada juga menu lain seperti Menchi-Kastsu (RM7.90). Menyesal pulak tak beli ni. Teringat ingat hahaha. . Kalau korang nak air pun ada.

My friend yang beratur weekend cakap, que agak panjang. Tapi cepat. Ha yang I pergi ni dalam beberapa orang juga. Memang cepat pantas ye dia buat kerja. Nanti dah siap akan panggil nombor.

Panas panas baru sedap. Memang betul melt in mouth gitu. Tapi kalau nak makan sampaj kenyang, kenalah beli banyak sikit. Sobs.

wagyu skewer

Bawa balik rumah dah agak sejuk dah. Tapi Mak suka. Katanya lembut. Si Abang rasa sikit pun dia mintak lagi. Aduh nanti Mommy beli lagi ye.

Kalau korang teringin, bolehlah singgah di Don Don Donki Lot 10. Ada Halal Cert ye. 

Sumber: Mumbling Cici

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN