maksud warna penutup botol

Pernah tak anda terfikir disebalik maksud warna penutup botol air mineral yang anda beli? Kalau kita lihat terdapat warna penutup botol yang berbeza-beza seperti warna biru, hijau dan putih.

Untuk pengetahuan anda, setiap warna penutup botol tersebut mempunyai identiti tersendiri. Anda perlu tahu kenapa ada sesetengah air mineral dijual dengan harga yang mahal.

Baca juga: Dilarang Jual Air Zamzam, Penjara Kurang 2 Tahun Atau Denda RM10,000 

Ikuti perkongsian dari Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) ini. 


INI MAKSUD WARNA PENUTUP BOTOL AIR

maksud warna penutup botol

1. Penutup Botol Biru

Sumber air bawah tanah yang dipam naik dan akan menjalani proses penyulingan sebelum dibotolkan dan dilabel sebagai air mineral.

2. Penutup Botol Putih

Air paip yang ditadah kemudian menjalani proses penyulingan. Bahan kimia yang ditambah semasa menjadi air paip menyebabkan keaslian air itu hilang. Antara sebab air penutup putih ini dijual dengan harga yang lebih murah berbanding air mineral penutup biru.

3. Penutup Botol Hijau

Air mineral semulajadi yang diambil khas dari dalam tanah. Ia mempunyai kandungan mineral yang sangat tinggi.

4. Air Mineral Evian

Dijual dengan harga yang jauh lebih mahal berbanding air mineral yang lain. Air mineral ini dihasilkan daripada air mineral tulen daripada pergunungan Perancis dan diimport ke Malaysia.

Pada anda yang pernah minum air jenis ini pasti rasanya berbeza. Ada yg berpendapat bahawa air Evian ini seperti air Zam-zam, rasanya sedikit masin dan payau. Ini disebabkan kandungan mineral atau garam galian yang tinggi didalamnya.


Pilihan di tangan anda dan semoga bermanfaat!

Sumber: Facebook PPIM

Baca juga: Resipi Air Kelapa Bakar, Ustaz DEDAH Cara Nak Ikhtiar Hamil

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN