Bila kita merancang untuk makan buffet di hotel, sudah pasti kita nak yang sedap dan berbaloi dengan harga yang kita bayar kan? Haa ada seorang pemilik akaun di Twitter berkongsi tentang pendapatnya selepas makan seafood buffet dinner di sebuah hotel di Ipoh Perak. Kepada pecinta makanan laut, kami rasa ini lah tempat syurga makanan untuk anda!
Viral Seafood Buffet Dinner Di Hotel Weil Ipoh:
Pemilik akaun iaitu Hunain @Hunain_ ada berkongsi tentang buffet di Hotel Weil.
“ Haritu aku try Seafood Buffet Dinner dekat Weil Hotel Ipoh So here what i think,korang yang nak pergi tu elok baca dulu…”
Walapun harganya agak mahal sedikit, tapi jika anda lihat pada makanan yang mereka sediakan, confirm anda dah tak pandang harga tu. Memamgn berbaloi.
” okay first impression wow mahal jugak eh for ipoh rate, then when i look at the menu, looks good and aku pun try ”
Selain itu, Hunain juga ada berkongsi watak utama di buffet itu iaitu salmon mereka.
” This salmon is The Main Character dekat sini i think sedap weyh aku refill benda ni sampai 4 kali ”
” Lepas tu seafood on ice dia fresh , ada unlimited oyster tempat pun selesa”
Yang menariknya di sini, jika anda memesan pasta, mereka akan masak di hadapan anda. Memang sedaplah kan makan makanan yang baru dimasak!
” Kalau mintak Aglio olio memang dia masak depan mata siap ambik udang fresh, the japanse section was also so good ”