Categories: Resipi

Ulunthu Vadei Kuih Tradisi India, Elok Lembut Ikut RESIPI Ini

Kuih Ulunthu Vadei adalah sejenis kuih tradisional India. Ia juga dikenali dengan nama “Ulundu Vadai” atau “Medu Vada” dalam bahasa Tamil. Istilah “Ulunthu” dalam bahasa Tamil merujuk kepada kacang hitam yang digunakan dalam penyediaan makanan ini.

Kuih Ulunthu Vadei terbuat dari adunan tepung kacang hitam yang telah direndam semalaman dan dicampur dengan bahan-bahan dan rempah-rempah lain.

Baca juga: Kuih Seri Muka Nyonya, Resipi ‘Gerenti’ JADI Dan Sedap!

Adunan ini dibentuk menjadi bentuk cincin atau donat lalu digoreng dalam minyak panas sehingga menjadi rangup dan berwarna keemasan dan biasanya disajikan dengan kuah chutney atau sos kacang.

Kuih ini sangat popular dalam masakan India Selatan dan sering disajikan sebagai hidangan sarapan atau minum petang.  Berikut adala resipi dari perkongsian Fatimah Saari yang anda boleh ikuti. 


RESIPI ULUNTHU VADEI

Bahan-bahan: 

  • 200gram kacang hitam/ulunthu
  • 1 biji bawang merah – hiris
  • Daun kari – hiris
  • Cili kering – hiris
  • Cili padi – hiris nipis
  • Jintan manis – tumbuk halus
  • Garam secukup rasa
  • Daun pisang – lapik adunan

Cara-cara penyediaan kuih:

1. Rendamkan 200gram kacang ulunthu ini dengan air selama 3 hingga 4 jam. Kalau rendam semalaman pun boleh. Lepas cukup masa, tapiskan dan kisar halus tanpa air. Kalau guna pengisar biasa, boleh tambah sedikita ir supaya proses pengisaran mudah tetapi jangan terlampau cair.

2. Lepas kisar, masukkan dalam bekas lain dan campurkan semua bahan-bahan lain seperti bawang, cili kering, jintan manis, cili padi, garam, dan daun kari.

3. Gaulkan semua bahan supaya mesra sebati.

4. Basahkan tangan dengan air supaya mudah untuk bentukkan adunan. Leperkan atas daun pisang dan buat lubang tengah seperti donut.

5. Panaskan minyak dan goreng vadei dengan api sederhana supaya ia masak dengan sekata. Bila dah bertukar warna emas keperangan, boleh angkat.

6. Toskan minyak dan sedia untuk dihidang. Kuih ini sedap makan ketika masih panas. Garing diluar, lembut di dalam.


Selamat mencuba resipi kuih Ulunthu Vadei ini. 

Sumber: @fatimahsaari93

Baca juga: Kuih Kaswi TERGEDIK-GEDIK, Resipi Untuk 5 Perisa Yang Boleh Dicuba!

Farhana Syahirah

Halal foodie. Gemar mencari content tentang makanan sambil travel!

Recent Posts

Resipi Cucur Udang Simple, Tanpa Air Kapur Tapi Rangup Bukan Main!

Resepi cucur udang simple ini sangat sesuai untuk minum petang. Ada yang lebih suka cucur…

15 mins ago

Resipi Chicken Chop Homemade Yang Lengkap, Suami Bagi Markah Penuh!

Teringin nak makan luar pada hujung bulan ini, dompet tak menyebelahi pula. Tapi kalau anda…

40 mins ago

Cara Buat Roti Sardin Bakar, Ragup & Pedas Berperisa Buat Anak Suka!

Jika anda mencari idea sarapan atau hidangan ringan yang ringkas tetapi enak, roti sardin bakar…

41 mins ago

Kek Pisang Sukatan Cawan, Nampak Berurat Cantik Jika Ikut RAHSIA Ini

Resipi pencuci mulut yang boleh disukat dengan mudah seperti Kek Pisang sukatan cawan telah menjadi…

54 mins ago

Bingka Kelapa Sawit Guna Blender, Makan Bahagian Keraknya Paling Nikmat!

Jika anda merupakan anak peneroka Felda, pasti pernah makan Bingka Kelapa Sawit yang sangat sedap.…

57 mins ago

Tips Goreng Bihun Supaya Tak Lembik, Hasil Pun Menjadi Tanpa Rasa Kejung!

Siapa di sini yang masih ada masalah semasa menggoreng bihun? Jangan risau, kali ini kami…

1 hour ago