Categories: Resipi

Idea Lauk Tunggu Gaji, Boleh ‘Mix & Match’ Menu Untuk Memasak

Dompet makin menipis sebelum hari gaji? Jangan risau, MyResipi ingin kongsikan idea lauk tunggu gaji yang anda boleh masak mengikut modal yang ada.

Baca juga: Lelaki Kongsi IDEA Lauk Untuk Seminggu, Memang Jimat ‘Prep’ Awal

Tapi bukan belanja tapau makanan di kedai, tetapi berjimat dengan masak sendiri di rumah. Sementara menunggu hari gaji, mari kita masak menu yang ringkas dan mudah tetapi masih lagi sedap dan menyelerakan. 

Ikuti perkongsian idea lauk dari Cik Puan Farah Erda. Memang sedap, berkhasiat dan semestinya jimat!


IDEA LAUK TUNGGU GAJI YANG ANDA BOLEH CUBA

Sementara gaji masuk dalam akaun, jom kita masak something yang simple dan ekonomi tetapi masih sedap. Mesti bertambah-tambah nasi. Bajet pun tidak lebih dari RM20 pun.

Dah boleh dapat menu ayam dan sayur. Siapa yang tak mahukan? Kalau ke kedai, lauk lengkap begini mesti dah cecah sehingga RM25.

Lagi pula, kalau masak sendiri, lebih bersih dan sihat. Boleh kawal portion minyak, garam dan gula. 

Saiz hidangan untuk 5 orang:

  • Ayam Masak Cili Hidup: RM15
  • Sayur Goreng Tofu: RM3

1. Resipi Ayam Masak Cili Hidup

Bahan-bahan:

1/2 ekor ayam – potong kecil (gaulkan dengan kunyit dan garam)
10 tangkai cili merah dan hijau
3-5 biji cili api
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
1 inci halia
3 sudu makan sos tiram
2 sudu makan sos tiram
Sos ikan secukupnya
Sedikit serbuk perasa – optional
Air secukupnya
1 labu bawang besar dihiris bulat – hiasan
Minyak untuk menggoreng dan menumis

Cara-cara memasak:

1. Satukan semua cili dan bawang di dalam pengisar. Kisar semuanya dengan sedikit air. Ketepikan.

2. Goreng ayam sehingga masak. Ketepikan. Buang lebihan minyak. Tinggalkan anggaran 1/2 senduk kecil.

3. Panaskan dan tumis bahan kisar dan sos tomato. Kacau rata. Baru perasakan dengan sos ikan dan serbuk perasa jika perlu.

4. Tambah air jika perlu. Kemudian, masukkan ayam goreng. Gaul rata. 

5. Akhir sekali, taburkan hirisan bawang. Siap!


Saiz hidangan untuk 5 orang:

  • Ikan goreng: RM5
  • Salad: 50 sen
  • Tempe sambal hijau: RM15

2. Resipi Tempe Sambal Hijau

Bahan-bahan:

  • 4 keping tempe – hiris halus
  • 10 tangkai cili hijau
  • 2 genggam cili padi hijau
  • 2-3 labu bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • Minyak untuk menumis
  • Garam dan serbuk perasa
  • 3 sudu makan sos tiram
  • Perahan limau nipis

Cara-cara memasak:

1. Goreng tempe sehingga garing. Angkat dan ketepikan. Satukan semua cili dan bawang dalam satu periuk. 

2. Tuang air separas cili dan bawang sahaja. Rebus dalam 1 hingga 2 minit. Angkat dan toskan. Ketepikan.

3. Panaskan minyak, tumis bahan kisar tadi selama 2 minit. Perasakan dengan sos tiram, garam dan serbuk perasa. Kacau rata hingga sambal kelihatan mengering sedikit.

4. Kemudian, tutup api. Biarkan dalam 5 minit. Baru masukkan tempe dan perahan limau.

5. Gaul rata dan sedia untuk dihidang.


Semoga bermanfaat dan selamat mencuba idea-idea lauk tunggu gaji. Anda boleh ‘mix & match’ lauk mengikut selera masing-masing.

Sumber: Farah Erda

Baca juga: 7 Idea MASAKAN Syamimia Yang Boleh Cuba, Memang ‘Healing’ Layan!

Farhana Syahirah

Halal foodie. Gemar mencari content tentang makanan sambil travel!

Recent Posts

Resepi Nasi Beriani Mudah Guna Pes Beriani, Lengkap Dengan Ayam Bakar Dan Kurma Daging

Nak sediakan hidangan istimewa untuk keluarga? Resepi nasi beriani mudah perkongsian Nor Hafizah Ismail ini…

1 hour ago

Resipi Ikan Tenggiri Masak Sambal, Kuah Masam Manis Meresap Sampai Dalam Isi Ikan!

Ikan tenggiri masak sambal masam manis merupakan hidangan yang sesuai untuk melengkapkan menu tengah hari…

1 hour ago

Resipi Apam Mekar Zebra Coklat Gebu Dan Cantik Coraknya, Sekali Kukus Terus Jadi!

Resipi apam mekar zebra antara pilihan kuih yang menarik untuk disediakan. Bukan sahaja teksturnya gebu…

2 hours ago

Rahsia Pes Cili Kisar Tahan Berbulan, Ini Cara Tumis Supaya Minyak Tak Terpercik Satu Dapur!

Pes cili kisar antara bahan penting yang selalu digunakan dalam masakan seperti sambal tumis, nasi…

18 hours ago

Tak Perlu Banyak Bahan, Ini Cara Buat Mi Rebus Terengganu Untuk Hidangan Sekeluarga!

Resipi mi rebus Terengganu ini sesuai dicuba bagi yang menggemari hidangan mi berkuah panas dengan…

18 hours ago

Cara Buat Donat Susu Gebu, Doh Yang Sama Boleh Buat Bomboloni & Aneka Jenis Roti!

Cara buat donat susu yang gebu dan lembut sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan gabungan…

18 hours ago