Siapa di sini yang masih ada masalah semasa menggoreng bihun? Jangan risau, kali ini kami nak kongsikan beberapa tips goreng bihun yang menarik untuk anda cuba.
Bihun goreng sering menjadi pilihan hidangan pada hari minggu, terutamanya ketika berkelah. Tapi jika hasilnya tak menjadi dan lembik, nak makan pun terus hilang mood dibuatnya.
Tips goreng bihun ini dikongsikan oleh seorang wanita di Facebook iaitu Norlaila Dlaila yang ada pengalaman berniaga di kantin selama beberapa tahun. Jom kita tengok tipsnya!
Baca juga: Wanita Ini Dapat Tips Masak Lauk Sambal Daripada Ibunya, Rasa Macam ‘Next Level’!
1. Apabila digoreng, ada sesetengah jenama bihun yang menjadi lodoh walaupun tak direndam dengan air panas atau letak terlebih air. Oleh itu, kena biasakan dengan jenama bihun yang sering dipakai.
2. Jangan rendam bihun dalam air panas jika nak goreng bihun. Nak rendam sekejap mungkin boleh tapi kena cepat-cepat toskan. Nak buat hidangan bihun sup, baru rendam dalam air panas.
3. Anda perlu rendam air panas dan air sejuk yang sama banyak untuk mendapatkan bihun yang cantik dan lembut semasa goreng.
4. Jika nak goreng bihun pada waktu pagi, anda boleh rendam bihun dalam air biasa saja sebelum tidur.
5. Jangan letak air terlalu banyak sebelum masukkan bihun, cukup sekadar air menutupi separuh bihun. Biarkan air betul-betul panas, baru masukkan bihun.
6. Anda perlu gaul bihun dengan menggunakan dua sudip untuk memudahkan proses mengacaunya supaya tak kejung.
7. Nak jadikan bihun bertambah lebih sedap, anda perlu kisar atau tumbuk sedikit ikan bilis bersama bawang.
8. Sebenarnya, anda tak perlu letak sos cili dalam bihun. Masukkan kicap, sos tiram dan cili kering saja pun sudah memadai.
Jangan lupa untuk gunakan tips goreng bihun yang kami kongsikan tadi supaya anda puas hati dengan hasil bihun goreng yang tak lembik sekaligus sedap dimakan.
Semoga bermanfaat!
Sumber: Norlaila Dlaila
Baca juga: Lelaki Kongsi Tips Masak Lemak Cili Api Yang ‘Power’, Sedapnya Boleh Pergi Jauh!
Madu limau kasturi untuk selesema ini sesuai dijadikan stok di rumah, terutama apabila tekak mula…
Resipi lala masak sos tiram antara hidangan yang biasa ditemui di meja makan kerana rasanya…
Petua tauhu tahan lama ini boleh dicuba kalau selalu beli tauhu tetapi tidak sempat masak…
Teh uncang memang mudah digunakan. Masukkan uncang ke dalam cawan, tuang air panas dan tunggu…
Kali ini MyResipi ingin kongsikan resipi terung berlado pecah telur hasil rujukan daripada Puan Eniza…
Dulu selalu buat kek pisang tetapi hasilnya bantat, malah ada yang naik elok dalam oven…