udang sotong masak paprik

Buat anda yang baru saja balik kerja dan memikirkan menu makan malam, bolehlah buat Udang Sotong Masak Paprik ini. Walaupun ringkas, tapi pasti makan sampai berselera.

Udang Sotong Masak Paprik ialah sejenis hidangan tumisan bergaya Thai yang popular di Malaysia, terutamanya di kedai makan dan gerai tomyam.

Resipi Udang Sotong Masak Paprik ini dikongsikan oleh Nur Kasih Fiezaimi Fiza dalam video masakan beliau di Facebook yang cukup santai dan mudah difahami. Jom kita cuba!

Baca juga: Cara Masak Paprik Ayam Simple Di Rumah, Campak-Campak Terus Siap!

RESIPI UDANG SOTONG MASAK PAPRIK

udang sotong masak paprik

Bahan utama:

  • Sotong secukupnya
  • Udang segar
  • Sayur campur (kubis, kacang panjang, lobak merah, cili benggala)
  • Cili padi
  • Daun limau purut
  • Bawang besar
  • Garam dan gula secukup rasa

Bahan tumis:

Bahan campuran sos:

  • 2 sudu besar sos ikan
  • 2 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar sos kicap
  • 2 sudu besar kicap manis (atau kicap pekat)

Cara-cara memasak:

1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang besar, bawang putih dan serai sampai naik bau dan kekuningan.

2. Setelah garing dan wangi, masukkan cili kisar. Tumis lagi sampai pecah minyak dan betul-betul garing.

3. Sementara bahan ditumis, sediakan campuran sos dalam mangkuk. Gaul rata.

4. Setelah cukup garing, tuangkan campuran sos tadi ke dalam kuali. Kacau sebati dan biarkan mendidih seketika.

5. Masukkan sayur pilihan. Tunggu sayur sampai lembut sedikit.

6. Masukkan sotong dan udang ke dalam kuali. Kacau rata agar makanan laut ini bersalut dengan kuah.

7. Masukkan cili padi, daun limau purut dan bawang besar.

8. Akhir sekali, perasakan dengan gula dan garam secukup rasa. Kacau perlahan-lahan dan biarkan kuah sedikit pekat. Siap untuk dihidang!

Selamat mencuba!

Sumber: Nur Kasih Fiezaimi Fiza

Baca juga: Resepi Sotong Paprik Simple Dengan 3 Langkah, Sedap Sebijik Macam Di Kedai!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN