udang masak lemak tempoyak

Jika anda penggemar masakan kampung, kami cadangkan anda cuba resipi Udang Masak Lemak Tempoyak Cili Api yang cukup popular di Negeri Sembilan dan Pahang.

Gabungan rasa pedas dari cili api, lemak dari santan dan masam unik dari tempoyak menjadikan lauk ini sangat menyelerakan, terutama apabila dimakan dengan nasi panas-panas.

Resipi Udang Masak Lemak Tempoyak Cili Api ini dikongsikan oleh Nana Ismail di Facebook yang telah membuatkan ramai terliur melihatnya. Jom kita cuba!

Baca juga: Cara Bersihkan Udang Supaya Kekal Segar & Tak Lembik, Bau Hanyir Pun Terus Hilang!

RESIPI UDANG MASAK LEMAK TEMPOYAK CILI API

udang masak lemak tempoyak

Bahan-bahan:

  • ½ kg udang segar
  • 7 ulas bawang putih
  • 2 biji bawang kecil
  • 1 tangkai cili masak
  • Cili hijau atau cili api (ikut tahap kepedasan yang disukai)
  • ½ cawan santan (boleh lebihkan jika nak kuah lebih pekat)
  • 3 sudu makan tempoyak
  • 1 keping asam keping
  • 1 batang serai (diketuk)
  • Daun kunyit (dihiris kasar)
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • Gula dan garam secukup rasa

Cara-cara memasak:

1. Mula-mula, kisar kasar bawang kecil, bawang putih, cili masak dan cili hijau atau api. Masukkan bahan kisar ke dalam periuk bersama sedikit air.

2. Masukkan juga serai yang telah diketuk, asam keping dan serbuk kunyit. Biarkan campuran ini mendidih atas api sederhana.

3. Apabila kuah mendidih, masukkan udang bersama gula, garam, tempoyak dan santan. Kacau rata dan pastikan udang masak sepenuhnya.

4. Setelah udang masak dan kuah hampir pekat, masukkan hirisan daun kunyit. Biarkan ia reneh seketika hingga naik bau dan kuah menjadi pekat berlemak.

Setelah siap, anda boleh terus sajikan Udang Masak Lemak Tempoyak Cili Api bersama nasi putih panas. Nak lebih sedap, makan dengan sambal belacan dan ulam-ulaman.

Selamat mencuba!

Sumber: Nana Ismail

Baca juga: Udang Sotong Masak Paprik Ala Kedai Tomyam, Kuah Pekat Sampai Hirup Licin Tak Tinggal Setitik!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN