ubat stapler dalam makanan

Bukan isu yang baru kita dengar mengenai bendasing yang ada di dalam makanan yang dibungkus lagi-lagi ubat stapler kerana ianya sering digunakan pada bungkusan makanan.

Biasanya, hanya satu dakwat stapler sahaja itupun kerana termasuk dalam makanan selepas kita buka bungkusan.

Jumpa Ubat Stapler Dalam Makanan

Namun lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang pelanggan menemui sepapan dakwat stapler di dalam makanan mencuri perhatian ramai.

Menerusi posting yang dimuat naik oleh Halimah Jais menerusi grup Masak Apa Tak Jadi Hari Ini, alangkah terkejutnya apabila pelanggan tersebut menemui sepapan ubat stapler berbentuk segi empat tepat yang diperbuat daripada logam.

Difahamkan wanita tersebut sudah memberitahu peniaga secara privasi namun tidak diendahkan orang peniaga itu. Malah peniaga itu juga tidak meminta maaf dan mengambil peduli dengan apa yang berlaku.

Bagaimanapun, perkongsian berkenaan mengundang pelbagai reaksi daripada warganet. Rata-ratanya berpendapat bahawa mungkin pembuat kuih berkenaan tidak perasan objek berkenaan masuk ke dalam makanan terbabit.

Malah, ada juga di antara mereka meluahkan rasa bimbang jika ada pelanggan yang termakan dawai stapler tersebut.

Baca juga: ‘Biasalah Tu Lalat’- Gadis Bengang Dapat Ikan Berulat Tapi Pekerja Buat Selamber

Baca juga: “Suka Sangat Merokok Kan” – Wanita Buat Rokok Celup Tepung Untuk Pasangannya

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN