tosai

Tosai Cara SIMPLE Ikut Sukatan Cawan, Sedap Makan Panas Panas!

Makanan India ini tidak asing lagi di tekak Orang Melayu. Rasanya yang sedap, dicicah pula dengan kuah kari atau cutney hijau, mesti ramai yang suka bila dapat makan tosai resepi mudah ni panas-panas.

Baca juga: Kambing Khadai, Kari Style Pakistan, Cicah Naan Dan Capati Memang Terangkat!

Biasanya nak makan tosai ni, ke kedai mamaklah kita baru dapat merasa.

Tapi kini tidak perlu bersusah payah lagi sebab nak buat tosai ni tersangatlah mudah dengan follow je resipi daripada Cik Puan Shahidah Abu Bakar ini.


RESIPI TOSAI SUKATAN CAWAN

bahan tosai

Bahan-bahan: 

  • 2 cawan beras
  • 1 cawan ulunthu
  • 1 cawan nasi
  • Halba sedikit
  • Garam secukupnya

Cara membuatnya:

1. Rendam ke semua bahan di atas kemudian blendkan ia sampai halus.

2. Masukkan sedikit air kira-kira 1 inci dari bahan dan perasakan dengan garam secukupnya.

3. Perap semalaman ikut suhu bilik.

4. Panaskan kuali yang leper atau kuali yang tidak melekat

5. Sapukan minyak sekali lalu dan tuang sesenduk ke atas kuali. Ratakan menggunakan belakang senduk.

6. Biarkan sehingga seluruh Kawasan masak.

7. Angkat dan hidangkan panas-panas.

tosai


Sedia dicicah bersama kuah kari atau chutney. Selamat mencuba!

Baca juga: Kari Kepala Ikan Style Mamak, Resipi Kuah Tanpa Santan Mudah Dan Ringkas!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN