daging goreng thai

Daging goreng ala Thai, atau dikenali sebagai “Gai Tod” (ไก่ทอด) ini antara hidangan yang lazat dan kaya dengan rempah ratus.

Berikut adalah resipi mudah untuk membuat daging goreng ala Thai menerusi perkongsian Chef Azahari Abdullah ini.

Baca juga: Telur Bistik Ala Thai Resipi SIMPLE, Memang ‘Sebijik’ Rasa Macam Kedai Siam


RESIPI DAGING GORENG THAI STYLE CHEF

daging goreng thai

Bahan-bahan: 

  • Daging 800 gram
  • Biji Ketumbar 5 sudu di kisar atau ditumbuk
  • Bawang Putih 4 ulas ditumbuk atau dihiris halus
  • Lada Hitam 1 sudu besaf dikisar/ditumbuk
  • Sos Tiram 2 sudu besar
  • Garam secukup rasa
  • Butter – menumis

Cara buat: Gaul daging dengan semua bahan kecuali butter dan bawang putih. Perap 30 minit atau 2 jam

Bahan-bahan buat sos:

  • Serbuk cili thai
  • Gula kabung 2 sudu
  • 2 sudu beras digoreng atau disangai di kisar halus
  • Air Limau Nipis 2 sudu
  • Air Asam Jawa 3 sudu
  • Kicap sotong atau sos ikan
  • Bawang kecik merah 3 ulas di hiris nipis
  • Daun ketumbar dan daun bawang

Cara penyediaan:

1.Gaul daging dengan semua bahan kecuali mentega dan bawang putih. Perap selama 30 minit atau 2 jam. (Ada juga yang perap sekejap)

2. Panaskan mentega hingga cair, tumis bawang putih, kemudian masukkan daging perapan. Kacau hingga sebati.

3. Bila air dah kering, ia akan bersatu dengan rempah, kacau sebati. Agak-agak bila dah masak, perlahankan api seketika.

4. Campurkan bahan-bahan sos tadi ke dalam daging dan kacau rata. Bila dah sebati, bolehlah angkat.

daging goreng thai


Selamat mencuba.

Sumber: Azahari Abdullah

Baca juga: Sotong Masak Ala Thai, Cukup Rasa Pedas Masam Manisnya

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN