tortilla wrap

Asyik makan roti biasa je, sesekali ubah cita rasa makan tortilla wrap sedap juga kan? Buat sendiri boleh letak macam-macam kat dalam tu.

Buat yang sedang diet, selalunya mesti ada makanan macam ni dalam menu. Tapi kalau kita beli yang dah siap, boleh tahan mahal juga harga kulit tortilla ni.

Jadi apa kata kita cuba resipi tortilla wrap homemade yang dikongsikan oleh Ana Mohd. Hanya menggunakan 3 bahan utama saja. Jom ikuti perkongsian beliau selengkapnya di bawah ini.

Baca juga: Tular ‘Hack’ Cara Wrap Tortilla, Jom Cuba Resipi ini

CARA BUAT KULIT TORTILLA HOMEMADE

Siapa peminat tortilla kat sini? Boleh cuba buat kulit tortilla sendiri. Boleh simpan lama jadi stok frozen juga tau. Bila nak makan defrost dan bakar sekejap je.

Memang mudah kerja. Jimat pun jimat. Ni saya buat untuk bekal sarapan pagi suami. Mudah nak makan sebab saya buat saiz comel-comel. Ini resepinya.

BAHAN-BAHAN:

CARA-CARA:

1. Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk, kemudian gaul-gaulkan.

2. Bila adunan dah agak suam, terus uli jadi doh yang lembut.

3. Tutup mangkuk yang berisi doh dengan kain lembap dan biarkan kejap dalam 20 minit.

4. Kemudian boleh bulat-bulatkan kecil-kecil.

5. Seterusnya boleh canai atau leperkan.

6. Sedia untuk dibakar atas pan.

7. Kalau nak buat untuk frozen, bakar sekejap saja.

8. Kalau nak terus makan, bakar sampai jadi macam dalam gambar.

9. Waktu anggaran masa membakar lebih kurang 1 minit untuk kedua-dua belah bahagian. Selamat mencuba!

CARA BUAT INTI

Untuk inti ni sebenarnya boleh ikut selera masing-masing. Saya cuma perap ayam dengan sos tiram / sos lada hitam dan grill.

Untuk sayuran saya letak salad, carrot, timun, tomato, bawang dan sos cili. Kemudian boleh tambah mayonis / cheese / sos apa-apa ikut suka.

Tips:

  • Pastikan sayur-sayur di tos sampai kering untuk elakkan cepat basi.
  • Boleh juga isi ayam celup tepung / fillet ikan celup tepung.

RESEPI TORTILLA WRAP BERPERISA BAWANG PUTIH

Kalau teringin nak buat garlic tortilla, boleh olahkan sikit ikut cara yang sama. Mudah aje.

Caranya, 3 sudu besar minyak tu dipanaskan dan tumis 2 ulas bawang putih yang dicincng halus smpai naik bau (jaga api jangan sampai hangit).

Tutup api, biarkn sejuk dan baru campur dengan tepung dan bahan lain. Kemudian ikut langkah seterusnya macam di atas tadi. Siap!

Kredit: Ana Mohd

Baca juga: Resipi Wholemeal Wrap Guna Daging Burger, Semudah ABC!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN