PENULIS
myResipi
KATEGORI
Artikel
POSTED ON
2019-09-24 05:37:17
Gastrik selalu dikaitkan dengan rasa sakit pada bahagian perut atau hulu hati. Perkara ini biasanya terjadi disebabkan keradangan pada lapisan dalam perut. Untuk mengelakkan berlakunya gastrik, perlu sentiasa isi perut dengan makanan untuk mengurangkan angin dalam badan. Jadi apa yang perlu dielak sewaktu gastrik?
Secara amnya, makanan bergoreng memang dah tak sihat untuk kita. Minyak berlebihan tak bagus untuk perut. Elakkan makanan bergoreng terutamanya kalau gastrik. Memang sedap, tapi jagalah kesihatan tu.
Makanan dalam tin mempunyai kandungan asid yang lebih tinggi berbanding dengan makanan segar. Makanlah kalau perlu sahaja tapi jika ada alternatif pilihlah yang segar dan lebih sihat untuk jaga perut tu.
Admin nak galakkan korang makan buah dan sayur, tapi malangnya kalau nak elakkan gastrik, ada sesetengah sayur dan buah yang korang kena elak. Makanan yang asidnya tinggi macam tomato, oren dan limau perlu sangat dielakkan untuk menjaga perut agar tidak terkena gastrik.
Masa makan tu cuba jangan gelojoh ok guys. Tahu lapar tapi kawal diri daripada makan gaya macam tak jumpa makanan setahun. Ni lah yang buat perut kembung dan terkejut sebab tetiba banyak makanan masuk perut daripada kosong je sebelum tu.
Tidak membantu ye kawan-kawan. Tahu sedap ramen korang tu tapi kalau nak elak berlakunya gastrik tolong jangan makan. Sambal ke, ramen ke apa-apa je lah yang pedas. Nanti perut rasa binasa!
So InshaAllah ikut langkah-langkah ini dan dengan lafaz Bismillah korang mesti sihat. Jangan lupa ye, kesihatan tu penting. Kalau tak jaga, esok-esok nanti sakit!
Sebuah premis makanan di Kulim, Kedah diarahkan tutup selepas pemeriksaan mendapati tahap kebersihannya tidak memuaskan,…
Kuey teow ladna resepi guna seafood ini sesuai dicuba kalau teringin menikmati hidangan berkuah pekat.…
Resipi mac and cheese ini sesuai untuk anda yang ingin mencuba kelainan daripada hidangan pasta…
Ramai menggunakan gula kelapa untuk membuat kuih tradisional kerana rasanya manis dan aromanya seakan karamel.…
Donut bantal antara pilihan menarik untuk dibuat sendiri di rumah, terutama apabila teringin menikmati kuih…
Cabbage rolls ialah hidangan menggunakan daun kubis yang dibalut bersama inti, kemudian dikukus sehingga masak.…