resepi kuih siput

Sejak kecil lagi, kita dapat lihat kuih siput yang sering dijadikan sebagai hidangan kuih raya di atas meja. Bagi menggamit nostalgia, kami kongsikan resepi Kuih Siput untuk anda cuba.

Kuih Siput mempunyai bentuk unik seperti siput dengan rasa pedas dan lemak manis yang lazat. Lebih-lebih lagi, kuih ini telah popular sejak zaman datuk dan nenek kita lagi.

Buat anda yang baru kali pertama buat kuih raya pada tahun ini, boleh buat resepi Kuih Siput yang dikongsikan oleh SuiSan Aliezsha di Facebook ini. Jom kita cuba!

Baca juga: Biskut Almond London Sukatan Cawan, Ada Tips Coklat Nampak Licin Dan Cantik!

RESEPI KUIH SIPUT

resepi kuih siput

Bahan-bahan:

  • 1kg tepung gandum (saya guna jenama Bakers Choice)
  • 1 paket serbuk kari babas daging spicy (25g)
  • 1 cawan marjerin (saya guna jenama Seri Pelangi)
  • ½ cawan gula
  • 1 biji telur
  • 1 sudu teh garam halus
  • Jintan manis dan jintan putih (tiada sukatan, kisar agak-agak saja)
  • Daun kari (gunting halus-halus)
  • 1½ cawan santan

Cara-cara membuat:

1. Mula-mula, campurkan semua bahan terlebih dahulu.

2. Selepas itu, gaul sampai sebati.

3. Kemudian, masukkan sedikit air dan uli (pastikan doh jangan terlalu lembik dan keras, sedang-sedang saja).

4. Seterusnya, terap pada papan acuan dan golek-golekkan kuih supit atas dulang.

5. Akhir sekali, goreng kuih siput sambil tabur daun kari dalam minyak yang panas supaya wangi. Siap!

resepi kuih siput

Siapa sangka, sampai sekarang masih ramai yang mencari resepi Kuih Siput ini. Orang kata, inilah antara kuih raya legend yang tak lapuk dek zaman.

Selamat mencuba!

Sumber: SuiSan Aliezsha

Baca juga: Resepi Semperit Klasik Macam Raya Dulu-Dulu, Setiap Gigitan Terasa Nostalgia

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN