Pantang nampak orang jual jagung cawan lemak manis di pasar raya, mesti nak beli. Sekali-sekala teringin beli jagung dan buat sendiri, tapi tak tahu tips simpan jagung tahan lama.
Selain gandum dan padi, jagung adalah salah satu tanaman bijirin penghasil karbohidrat yang terpenting di dunia dan merupakan makanan ruji dari Mesoamerika.
Antara jenis jagung yang popular di Malaysia adalah seperti jagung manis, jagung ladang dan jagung india. Jika anda sering lihat jagung terjual di pasar raya, itu adalah jagung manis.
Orang Malaysia gemar makan jagung yang dimasak secara rebus, bakar atau dicampur ke dalam masakan. Bukan saja rasanya manis dan sedap, malah ia mempunyai khasiat baik untuk badan.
Jika anda baru saja beli jagung atau dapat daripada orang lain, anda boleh gunakan tips simpan jagung tahan lama ini supaya ia sentiasa segar. Jom kita tengok!
Baca juga: Tips Buat Air Pandan Berwarna Cantik, Dah Seminggu Pun Aromanya Tak Hilang
1. Mula-mula, kupas kulit jagung dengan menariknya dari bahagian atas ke bawah secara perlahan sehingga semua kulitnya boleh terlepas.
2. Selepas itu, bersihkan jagung dengan membuang rambutnya. Tarik saja rambut jagung secara perlahan sehingga betul-betul bersih.
3. Kemudian, masukkan jagung dalam plastik atau zipper bag mengikut kesesuaian saiznya, boleh potong jika suka.
4. Seterusnya, jangan ikat atau klip plastik atau zipper bag berisi jagung itu sampai habis. Paling penting, jangan terlalu ketat saja.
5. Akhir sekali, boleh simpan dalam peti sejuk di bahagian chiller (tempat isi buah atau sayur). Siap!
Setelah mengetahui tips simpan jagung tahan lama, anda akan terkejut melihat jagung yang sentiasa segar dan tak kecut walaupun sudah 3 minggu disimpan.
Nampak seperti biasa saja, tapi tips ini sangat berguna buat mereka yang menanam jagung di rumah dan anda boleh menyimpannya tanpa rasa risau lagi.
Semoga bermanfaat!
Sumber: Ellestories
Baca juga: Tips Elak Makanan ‘Creamy’ Jadi Muak, Ada Bahan Perlu Diletak Rupanya!
Alamak! Roti dah nak tamat tempoh? Jangan buang! Kita boleh 'selamatkan' roti itu dengan mencuba…
Serbuk matcha telah menjadi trend popular dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Namun, ramai yang…
Selalunya kita dengar tentang mangga Harumanis saja, tapi sebenarnya ada banyak lagi jenis mangga terjual…
Teringat pula zaman kecil-kecil dulu, petang-petang mesti mak-mak akan buatkan bubur biskut kapal ini. Rasanya…
Ayam kicap jawa atau lebih dikenali sebagai ayam kicap semur sedap dihidangkan bersama nasi panas.…
Bosan asyik makan sambal sardin saja? Jom cuba resepi sardin masak kicap pedas ini pula.…